INTINERI PENUH MELANCONG KE JEJU 2023 - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Ahad, 14 Mei 2023

INTINERI PENUH MELANCONG KE JEJU 2023

INTINERI PENUH MELANCONG KE JEJU 2023


Disini saya membuat satu intineri penuh bagaimana kami membuat persiapan hingga akhir kami pulang ke Malaysia melancong ke Jeju dari 6 May 2023 - 12 May 2023.

Kami transit di Singapura selama 15 jam dan perjalanan kami bermula di Jeju dari 7 May 2023 hingga 12 May 2023 ( balik pukul 0820am).


Kami melancong ke Jeju tanpa pemandu pelancong dan menyewa kereta di Jeju serta hotel yang kami booking sendiri selama berada di sana.


Jika anda ingin ke jeju dan memandu sendiri, inilah artikel yang terpadat untuk anda sepanjang anda berada di jeju serta persiapan yang harus anda lakukan dan kos yang anda harus ada jika mahu ke Jeju selama 6 hari 7 malam ( termasuk transit)


PERSIAPAN SEBELUM MELANCONG KE JEJU 2023

1. KOS PENERBANGAN 
2. INTINERI 
3. HOTEL 
4. SEWA KERETA
5. K-ETA 
6. LESEN MEMANDU ANTARABANGSA
7. INSURAN PERJALANAN
8. LAIN-LAIN

Dalam artikel ini saya menerangkan persiapan penuh buat kami pertama kali ke sana. kami juga tunjukkan kos sebenar keseluruhan yang kami bayar untuk persiapan ke sana cum akami tak masukkan kos "baggage tambahan" penerbangan Scoot iaitu total RM900 pergi ke Jeju dan RM700 balik ke Singapura.

Selain itu kami menggunakan drebar yang mengambil kami pergi dan pulang ke rumah dengan harga RM360 ( Melaka ke KLIA 2 / KLIA2 - Melaka). berbanding membawa kereta kami, ianya agak mahal.


Persiapan awal ini amat-amat penting untuk mengelakkan anda membuat perbelanjaan tambahan sebagaimana kami kena dengan membayar kos baggage yang tiada dalam Air Asia Super Apps dan juga Scoot Aps menyebabkan kami kerugian hampir RM2K. 






TIBA KE SINGAPURA
APA KAMI BUAT


Saya ada menerangkan, apakah dokumen tambahan yang perlu anda isi 3 hari sebelum ke Singapura. Anda tidak perlu print cukuplah tunjukkan dari telefon sahaja.

Malah saya ada tunjukkan kos baggage tambahan yang harus saya bayar berjumlah RM900. 

Apa yang kami buat sepanjang masa kami berada di Singapura.




JEJU 2023

  1. OSULLOC TEA MUSEUM
  2. Teddy Bear Museum 
  3. Daepo Jusangjeolli Cliff
  4. CAMELLIA HILL
  5. Yongmeori coast
  6. Jeongbang Waterfall
  7. Oedolgae
  8. Hello Kitty Island
  9. Jeju Folk Village 
  10. UDO Island
  11. Snoopy Garden
  12. Manjanggul Lava Tube
  13. Yongduam Rock 
  14. Jeju Folklore & Natural History Museum
  15. Jeju Dongmun Traditional Market

Sepanjang kami berada di Jeju kami telah melawat 15 buah kawasan pelancongan di Jeju dan untuk kami ianya cukup banyak dengan masa yang diberikan.

Kami telah mengeliling keseluruhan Pulau Jeju dalam masa 5 hari 6 malam kami berada di sana bermula di Seogwipo, Seokjipo dan terakhir di Jeju City.

Dan kami ada membuat artikel setiap kawasan yang lawati serta bayaran dan video yang kami masukkan sekali untuk anda merasai pengalaman kami disana.


Selain itu kami juga ada memasukkan bagaimana prosedur / isi penting untuk anda di dalam artikel kami ini :
1. Prosedur mengambil kereta sewa di Jeju ( Artikel Hari pertama di Jeju) 
2. Prosedur pemulangan kereta sewa ( Hari Kelima di Jeju) 
3. Prosedur pergi ke Udo Island ( Hari Ketiga di Jeju) 
4. Makan makanan halal di Jeju ( Hari Keempat dan Kelima di Jeju) 


HARI PERTAMA DI JEJU - Lokasi no 1,2 dan 3
HARI KEDUA DI JEJU - Lokasi no 4,5,6,7,8,
HARI KETIGA DI JEJU - Lokasi no 9. 10
HARI KEEMPAT DI JEJU - Lokasi 11,12,
HARI KELIMA DI JEJU - Lokasi 13, 14 15



TIP MELANCONG KE KOREA 2023








TIPS DAN SYARAT MEMANDU DI KOREA 2023






Tiada ulasan:

Catat Ulasan