Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju (Part 6)

Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju (Part 6)

 Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5 ) 


Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju (Part 6)
Hotel Co-OP Di Seokjipo 

Hari ini hari keempat kami berada di Jeju island.


Sebaik sahaja semalam kami beredar dari UDO Island kami terus ke penginapan kami hotel Co-Op di Seokjipo. Hotel kami ini memang mudah dijumpai dan ia terletak di kawasan pantai.


Petang itu kami berjalan-jalan di pantai tersebut dengan harapan menjumpai kedai makan Muslim. Tak larat nak makan makanan frozen  sebenarnya. Cari Google Map tapi tak jumpa juga.

Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju (Part 6)
Berjalan-jalan di Pantai 

Akhirnya kami balik hotel dan keesokannya dalam pukul 0900am kami check out dari hotel Co-OP dan menuju ke destinasi selanjutnya.


Dimana kami merancang ke:

  • Snoopy Garden
  • Manjanggul Lava Tube
  • Check In Hotel Di Elin Hotel 
  • Makan Di Barabang 




Snoopy Garden

Bayaran : KRW18,000

Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju (Part 6)


Snoopy Garden di mana anda boleh bertemu dengan watak Peanuts yang menggembirakan dan Outdoor Garden, yang mencipta semula adegan dari komik Peanuts dalam alam semulajadi Jeju yang menghijau.



The Garden House mempunyai lima dewan bertema: Relationship, Daily Life, Relaxation, Happiness, dan Dream. Anda boleh menyelami dunia Snoopy di sini melalui pelbagai pameran, termasuk jalur kartun dan video. Terdapat juga sebuah kafe di mana anda boleh menikmati sarapan tengah hari Amerika dan kedai cenderamata dengan barangan yang memaparkan watak Peanuts.



Di Taman Luar, terdapat 11 zon yang menampilkan adegan Peanuts klasik, seperti padang besbol Charlie Brown, hutan selimut Linus dan tompok labu Pumpkin King. Taman ini sangat harmoni dengan alam semula jadi Jeju, dan anda boleh menikmati berjalan-jalan sambil mengambil gambar dengan watak kesayangan anda yang muncul di sana-sini semasa anda berjalan-jalan.

Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju (Part 6)

Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju (Part 6)


Masa pergi kesana, memang cukup ramai yang pergi kesana. Mungkin cuti musim bunga kot dan lagi pun ini memang tempat kesukaan remaja. 





Manjanggul Lava Tube

Bayaran : KRW4000

Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju (Part 6)

Tiub Lava Manjanggul, yang terletak di Gimnyeong-ri, Jeju, adalah sebahagian daripada sistem Tiub Lava Geomunoreum. Tiub lava terbentang kira-kira 7,400 meter, dengan ketinggian maksimum 25 meter dan lebar 18 meter. 


Pengukuran ini menjadikannya salah satu tiub lava terbesar di dunia. Manjanggul mempunyai nilai yang tinggi untuk kajian sains dan pemuliharaan, mempunyai formasi yang diselenggara dengan baik walaupun telah dibentuk lebih seratus ribu tahun dahulu.


Majoriti gua ditutup, dengan hanya 1 kilometer dibuka kepada pelancong. Dalam bahagian terbuka ini, pengunjung boleh melihat pelbagai ciri topografi tiub lava dan gua, termasuk stalagtit, stalagmit dan tiang batu. Antaranya, tiang batu setinggi 7.6 meter di hujung bahagian terbuka itu direkodkan sebagai yang terbesar di dunia.

Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju (Part 6)

Kawasan wajib yang anda harus pergi jika ke Jeju dimana perjalanannya agak thrill sedikit berbanding dengan semua kawasan yang kami lawati.

Perlu menuruni tangga yang basah serta jalan yang tidak rata serta gelap amat menyukarkan isteri aku. Bini aku jenis tak minat bende-bende macam ini , kalau ke Teddy Bear Museum atau  Snoopy minat ler..hehehehhee


Saya nasihatkan anda berhati-hati berjalan di dalam gua ini yang banyak lopak dan aku tengok beberapa orang ramai kaki terseliuh..hehehehe







Check In Hotel Di Elin Hotel 

Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju (Part 6)


Setelah kami kepenatan di Tiub Lava Manjanggul kami segera hendak ceheck ini ke Jeju City pula. Jarak ke hotel kami di Jeju City iaitu Elin Hotel ialah 30km.


Maka kami mengambil keputusan pergi ke hotel sahaja dan sebaik sahaja kami tiba di Jeju City, merupakan mimpi ngeri kepada kami pemandu di sana amat berbeza di Seogwipo dan Seokjipo


Masalah hari pertama muncul kembali iaitu hotel kami terletak di penjuru lorong yang sempit. Berposak kami cari hotel ini dan kami bernasib baik kerana menjumpai hotel ini. 



Makan di Barabang

Bayaran : KRW100,000

Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju (Part 6)


Sebelum kami check in hotel, kami parking kereta berdekatan hotel dan kami lihat jam masih lagi pukul 0200pm. Check ini hotel pukul 0300pm maka kami mencari kedai makan dahulu.


Melalui maklumat yang dikongsi oleh adik ipar kami untuk makan muslim friendly maka kami menyewa teksi dan makan di pantai berdekatan iaitu nama restorannya Barabang.


Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju (Part 6)



Catat Ulasan