Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)

Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)

Sila Baca Jeju Trip 2023 : Hari Kedua Di Jeju ( Part 4) 

Kami bergerak agak lewat iaitu pada pukul 1000am dan check out dari Shin Shin Hotel Seogwipo dan menuju ke destinasi terbaru kami di Seokjipo. 

lega hati kami dapat keluar dari hotel Shin Shin Seogwipo ini sebab kami menghadapi masalah yang sama semasa pulang semula ke hotel pada hari Kedua kami di Jeju. Nasib baik kami dah simpan GPS dalam what apps kami,


Pada hari ini kami hanya plan hanya dua tempat sahaja kerana tempat terakhir mengambil masa yang agak lama kerana terpaksa menaiki feri.

1.Jeju Folk Village 
2.UDO Island



JEJU FOLK VILLAGE.

Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)

Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)

Saya ingin nyatakan, lokasi ini adalah lokasi wajib anda lawati kerana ia menceritakan sejarah Korea dari zaman Jaseon serta penempatan pada zaman dahulu.


Kawasan ini cukup luas dan yang bestnya ada binatang yang diternak disana seolah-olah perkamoungan ni ujud dari segi realiti.


Kawasan ini juga merupakan kawasan penggambaran filem drama yang terkenal. Dan keseluruhan untuk anda mengelilingi keseluruhan Jeju Folk Village ini mengambil masa 1 jam.


Selain daripada keunikan perkampungan lama ianya juga menyajikan landskap yang menarik untuk anda serta warna-warni keindahan tumbuhan mereka.





UDO Island

UDO Islang juga merupakan salah satu lokasi yang wajib anda pergi jika ke Pulau Jeju. Udo Island juga merupakan pulau, umpama adik kepada Pulau Jeju ler.


Perjalanan ke sana menaiki feri selama 15 minit. Anda boleh sahaja membawa kereta menaiki feri atau tanpa kereta. Saya dan wife mengambil keputusan pergi solo sahaja. Malas nak bawa kereta ke sana, memandu kat Pulau Jeju jer dah pening kepala.


Anda boleh pergi Udo Island melalui 2 port samada di Seongsan Port or Jongdal Port. Kemudian feri tersebut akan membawa anda ke Haumokdong Port or Cheonjin Port.


Untuk tidak memeningkan kepala anda, kebanyakan semua pelancong akan menaiki feri dari Seongsan menuju ke Udo Island. Jika anda memandu ke Seongsan Port anda akan keliru semasa nak parking kereta kerana di sana terdapat satu arah menuju ke feri menaiki kereta dan satu lagi parking lot.


Jangan gelabah jika anda terpaksa tawaf dua atau tiga kali kawasan parking yang tersergam di depan anda tetapi anda tidak jumpa jalan masuk..hehehhee. Sebaik sahaja anda jumpa jalan masuk maka parking as usual ler.


Bagaimana anda hendak ketahui bahawa anda telah sampai ke Seongsan Port. Jawapannya mudah iaitu simbol bangunan mereka adalah berbentuk kubah

Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)
Bergambau depan kereta di parking lot setelah tawaf 4 kali

Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)
Inilah simbol bangunan Seongsan port


Sebelum anda masuk ke bangunan tersebut anda harus menyediakan beberapa dokumen iaitu pasport dan lesen memandu antarabangsa anda.


Sebaik sahaja anda masuk ke dalam bangunan tersebut anda harus mengisi "Boarding Declaration Form" yang tersedia dalam bangunan tersebut. Isikan dengan lengkap semua maklumat yang borang itu kehendaki dan selepas isi bawa borang tersebut ke kaunter bersama pasport anda.


Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)

Beli tiket yang berharga KRW10,000 seorang dan kemudian anda akan diberikan tiket dan penerangan pergi balik feri seperti gambar di bawah ini.

Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)
Bende ini berada di depak kaunter pembayaran

Paling lewat feri ambil ialah pukul 0530pm, maka plan trip anda ke Udo Island seawal yang mungkin. Mengikut pengalaman saya, anda andaikan trip anda ke sana dalam 4 jam untuk segala kemungkinan. Paling lewat naik feri saya cadangkan 0130pm. 


Setelah membeli tiket, ikut sahaja anak panah yang membawa anda ke feri atau ikut sahaja pelancong lain ke feri tersebut.


Sebaik sahaja anda naik ke feri maka tunggu ler feri bertolak. Anda tidak perlu risau kerana jadual pengerakan mereka setiap 30 minit dan ianya tepat. Sementar itu ambil ler gambar di atas feri sebelum dan semasa bergerak.


Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)


Kemudian feri akan bergerak dan sebaik sahaja anda sampai ke pelabuhan di UDO Island maka bermulalah pengembaraan anda.


Perkara pertama yang anda harus lakukan apabila berada di UDO Island ialah mencari pengangkutan. Terdapat 2 jenis pengangkutan iaitu Shuttle Bas atau sewa kenderaan.


Pada ketika inilah, lesen memandu antarbangsa anda amat berguna iaitu anda boleh menyewa kenderaan elektrik. Dan jika anda tidak membawa lesen memandu, anda masih boleh menyewa kenderaan iaitu basikal yang mengguna kudrat tenaga..hehehehehe. Terpulang pada anda.

Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)
Selamat tiba di pintu masuk Udo Island 


Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)
Kenderaan kami - dia orang panggil open air


Kenderaan elektrik terdapat macam-macam bentuk dan kami memilih open air. Memang Open Air pun, sejuk terlampau...hehehhehe.


Anda tak perlu risau mana nak pilih kenderaan sewa, berlambak di sana dan mereka siap panggil anda untuk ke kedai mereka. So don't worry. Kami sewa "Open Air" kami ini dengan harga KRW4000 dan boleh sewa hingga pukul 0600pm.


Persoalan timbul mana nak pergi semasa tiba di UDO island. Sekali lagi jangan peningkan kepala anda kerana semasa anda sewa kenderaan di sana mereka akan berikan peta keliling pulau.

Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)

Anda ikut sahaja laluan sepanjang anda membawa kenderaan anda ini. Anda berhenti sahaja di mana anda melihat ramai pelancong berhenti atau anda rasa tempat tersebut cukup menarik.


Kami keliling kawasan ini hampir 2 jam juga dengan sedikit sesat sebab adakala laluan tersebut buat kami keliru tapi boleh diatasi dengan ikut grup lain. Tak sesat ler...cuma panik jer..


Jangan lupa makan aiskrim yang terdapat banyak pilihan di UDO Island. Makanan wajib yang harus anda makan di sana.


Jeju Trip 2023 : Hari Ketiga Di Jeju ( Part 5)
Inilah pilihan kami suami isteri 






Kami kongsikan sedikit gambar yang kami ambil semasa berada di UDO Island. 




Pengalaman Memandu Motor Elektrik Udo Island pada mulanya agak kekok sedikit. Saya menggalakkan anda menyewa kenderaan elektrik yang tutup penuh untuk elakkan kesejukan.


Kelajuan maksima kenderaan elektrik ialah 19 km sejam dan berhati-hati semasa membawa terutama di selekoh kerana ia beroda tiga maka ianya tidak begitu stabil.






Catat Ulasan