Jeju Trip 2023: TRANSIT DI SINGAPURA (Part 2)

Jeju Trip: TRANSIT DI SINGAPURA

Jeju Trip 2023: TRANSIT DI SINGAPURA (Part 2)
Lapangan Terbang KLIA 2


Perjalanan pertama ke Jeju telah bermula. Dimana kami bergerak dari rumah pada pukul 0300am dan tiba ke KLIA2 pada pukul 0430am.

Memang awal kerana flight kami ke Singapura pada pukul 0920am.

Disebabkan pertama kali mengguna SCOOT syarikat penerbangan murah Singapura maka saya terpaksa datang awal.

Yang mengukuhkan kedatangan awal ialah ada penambahan bagasi. Kami membeli melalui Air Asia Apps dan apabila kami mahu tambahkan add on diminta kami pergi ke website Scoot.

Apabila kami pergi ke website Scoot dibahagian manage booking didapati booking no kami tidak dijumpai dan juga diwebsite  mereka manage booking temporary not available.

Maka atas sebab semua inilah kami datang awal ke lapangan terbang.

Semasa pergi ke kaunter kami beritahu ingin menambah add on dan total berat beg kami 32kg. Dan kami terpaksa mengambil 40kg. 

Di mana setiap.20kg berharga RM450 dan totalnya ialah  RM900. Pehhh..terpaksa ler bayar.
Jeju Trip 2023: TRANSIT DI SINGAPURA (Part 2)



Kami nak bayar pakai kredit kad dan Scoot  staff beritahu kena decline disebabkan mereka ejen dan tiada autoriti.

Maka kami terpaksa bayar pakai cash dan nasib baik kami bawa cash yang lebih. Leceh ler Scoot dan mahal pula tu...



TIBA KE SINGAPURA 

Jeju Trip 2023: TRANSIT DI SINGAPURA (Part 2)



Tiba di Singapura pada pukul 1020am. Dan sepanjang kami turun di sini tiada masalah.

Jangan lupa isi declaration form negara Singapura sebelum menjejak kami kesana.Kalau tak.buang masa anda kena isi form tu- KLIK SINI

Perjalanan keluar dari imigresen agak mudah kerana bagasi kami direct di hantar ke Jeju dan kami tak perlu transit dan ambil bagasi.

Atas kemudahan ni, kami hanya membawa beg kecil  sahaja dan kami ambil kesempatan meronda di Changi Airport.



APA KAMI BUAT.

Jeju Trip 2023: TRANSIT DI SINGAPURA (Part 2)

Jeju Trip 2023: TRANSIT DI SINGAPURA (Part 2)


Untuk pengetahuan di Changi Airport terdapat 4 terminal utama iaitu TERMINAL 1, 2, 3 dan 4.

Kami berada di Terminal Satu dan kawasan paling menarik di sana ialah air terjun Rain Vortex sebuah air terjun buatan di dalam bangunan Terminal.

Memang hebat rekabentuk air terjun ini dan kami menghabiskan banyak masa kami disini. 

Untuk pengetahuan kami akan berada di Changi Airport selama 14 jam dimana flight kami ke Jeju pada pukul 1200am nanti.


Memang cukup lama dan inilah masanya kami ingin meronda di Changi Airport iaitu lapangan terbang no 1 terbaik dunia pada tahun 2022.


Setelah selesai mengambil gambar dan video di  air terjun Rain Vortex. Kami meronda di sekeliling Terminal 1 ini.

Changi Airport ini setelah anda keluar dari dari  "Arrrival Area" anda seolah-olah berada di Mall. Bukannya sebuah lapangan terbang.

Banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan dari level 1 hingga level 4.  

Kami mencuba menjelajah Terminal 1 pun sudah penat  apatah lagi kalau kau nak cuba ketiga-tiga terminal yang lain. Memang tak larat beb. 

Bini aku ambil kesempatan mencari Calvin Kline outlet sebab hero dia Jong Kok jadi duta. Lorat dengan BTS ..



KESIMPULAN 

Reka bentuk Changi Airport yang amat luas memang cukup hebat dan ditambah dengan Rain Vortex menambahkan kehebatan Changi Airport ini.

Tapi secara peribadi untuk aku, sebuah lapangan terbang adalah sebuah lapangan terbang jangan jadikan ia sebaliknya. Aku lihat macam berserabut di Changi Airport ini dengan pelancong dan warga tempatan bersesak di satu tempat. 

Kedua ialah selepas kami check in. Kami lihat arrival dan departure adakah satu kawasan. Kat situ arrival dan kat situ kami yang menunggu untuk penerbangan.  Nampak sesak....

Dengan design sedemikian setiap gate pelepasan terpaksa disediakan mesin xray untuk periksa bag. Bayangkan ada berapa banyak gate dan berapa banyak mesin scan dan pekerja yang harus digunakan.

Berbanding di Malaysia kawasan pelepasan melalui satu saluran  dan kawasan arrival di kawasan yang lain maka semua bagasi akan melalui satu kawasan sahaja dan tidak perlukan setiap gate ada mesin scan dan penambahan pekerja.

Walau pun Changi Airport saya akui sebagai yang tercantik tetapi ia telah terkeluar dari tujuan utama iaitu sebuah lapangan terbang.

Catat Ulasan