Kami melancong ke Medan pada akhir bulan March 2019. Bila bercerita tentang melancong ke Medan kami bukan melancong di kota Medan tetapi ke Danau Toba dan juga Berastagi.
Saya harap pembaca memahami bahawa kami melancong ke tiga buah daerah iaitu Medan, Danau Toba dan Berastagi. Jika minat suasana sejuk dan nyaman anda boleh lepaklama di Danau Toba atau Berastagi. Jika nak rasa suasana macam Cameron HIghland dimana waktu malam suhu 18 Celcius boleh lepak di Berastagi.
Untuk pelancong yang pertama ke Medan adalah lebih baik pergi ketiga-tiga daerah ini dan jika kali kedua bolehlah plan mana tempat anda mahu duduk lebih lama.
》Tiba di Airport Medan Kuala Namo lalu terus pergi ke Lake Toba (Tasik danau Toba)
》Berhenti untuk makan tengahari (1st Lunch)
》Dalam perjalanan dari Medan ke Lake Toba berhenti di Kedai Paten (Kedai menjual Kacang Tumbuk makanan khas Siantar.
》Check in (Hotel Patra Comfort ) International Bermain-main di tepi tasik,memancing, Jet ski, Banana boat dan menikmati keindahan Lake Toba di waktu senja.
》Makan malam (1st Dinner)
》Pulang ke hotel untuk berehat, tour hari pertama berakhir.
Hari Kedua ( dari Danau Toba ke Berastagi)
》Sarapan pagi di Hotel (1st Breakfast).
》Menaiki feri menyeberang ke Pulau Samosir. Di Pulau Samosir, kita akan singgah di Perkampungan Tomok. Melihat kehidupan kaum Batak Toba, shopping, melawat Si Gale-Gale dan Makam Sidabutar.
》Lalu pergi menuju Berastagi.
》Dalam perjalanan berhenti di Simarjarunjung (Bukit tertinggi di pinggir Lake Toba yang sangat sejuk) untuk melihat permandangan indah Lake Toba dari sini. Sambil menikmati Teh Halia dan Pisang Goreng enak yang menjadi sebutan ramai.
》Dalam perjalanan juga kita akan singgah untuk melawat Air Terjun Si Piso-Piso. Lake Toba masih kelihatan dari sini dan permandangannya amat cantik.
》Perjalanan diteruskan dan berhenti di Kebun Limau untuk memetik Buah Limau segar.
》Singgah untuk makan tengahari (2nd Lunch).
》Check in Hotel Green Garden (Menginap 1 malam di Berastagi yang sangat sejuk).
》Makan malam (2nd Dinner)
》Balik ke hotel dan berehat, tour hari kedua berakhir.
Hari Ketiga ( dari Berastagi ke Medan)
》Sarapan Pagi di hotel (2nd Breakfast)
》Ke Pasar Buah Segar di Berastagi. Juga terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati/souvenir, menjual jagung rebus dan bakar yang segar serta melihat kereta kuda.
》Tiba di Bukit Gundaling untuk menikmati permandangan Gunung Sibayak yang menghijau dan Gunung Sinabung (Gunung Merapi yang masih lagi aktif).
》Ke Ladang Strawberi
》Terus ke Bandar Medan.
》Pergi melawat Masjid Raya
》Melawat Istana Maimoon
》Makan tengahari (3rd Lunch).
》Pergi ke Gedung yang khusus menjual Kain Batik dan Kain Telekung.
》Check in Hotel Grand Antares Medan.
》Makan malam (3rd Dinner)
》Pergi ke Merdeka Walk.
》Pergi ke Night Market
》Pulang ke hotel dan berehat, tour hari ketiga berakhir.
Hari Keempat
》Sarapan pagi (3rd Breakfast).
》Pergi ke Pasar ijak
》Beli oleh-oleh di Hub Oleh-oleh Internasional
》Transfer ke Kuala Namo International Airport, tour hari keempat berakhir
Perjalanan selesai.
Penginapan :
》Hotel Prata Comfort Danau Toba
》Hotel Green Garden Berastagi
》Hotel Grand Anatares Medan
Untuk makan...
》3 kali dinner
》3 kali lunch
》3 kali breakfast
Include:
》 Private Transport
》 Termasuk driver/guide,
》 Petrol
》 Hotel ☆3 ☆4
》 Makan di restoran 3x BLD
》Ferry penyebrangan ke pulau samosir
》 Parkir dan toll
》 Bayaran pintu masuk tempat lawatan.
Kos intineri termasuk hotel, tiket dan makan setiap seorang RM530 dan harga tiket RM300. Harga tiket agak mahal kerana waktu kami pergi ini adalah waktu cuti sekolah.
Total kos ialah RM830 seorang selama 4H3M. Manakala untuk perbelanjaan anda belanja bawah 1 juta rupiah ( RM290) sebab semuanya disediakan.
Ertinya dengan harga RM1000 anda dah boleh melancong ke Medan siap belanja...Murah kan..
Bagaimana untuk hubungi pemandu pelancong ini -
Pemandu Muslim Medan Pak Amir
Mahu melihat pemandangan indah Medan, Danau Toba Dan Berastagi..
Klik GAMBAR KOLEKSI MEDAN
Ini adalah lagu Batak semasa kami menaiki feri ke Pulau Samosir.. khas yang berminat ke Medan.
ARTIKEL UPDATED PADA MARCH 2020 - KALI KEDUA KE MEDAN
FULL INTINERI 3H2M DI DANAU TOBA