Jeju Trip 2023 : Hari Kelima Di Jeju ( Part 7)

Jeju Trip 2023 : Hari Kelima Di Jeju ( Part 7)

 Jeju Trip 2023 : Hari Keempat Di Jeju ( Part 6) 


Hari ini adakah hari terakhir kami di Jeju dan esok kami  pulang ke Malaysia. Intineri kami di Jeju City adalah intineri terakhir kami.


Dan kami tidak ikuti intineri ini sebab kesesakan di Jeju City amat teruk sekali dan ia membuat kau stress sejak semalam memandui Jeju City. Memang berbeza gaya pemanduan penduduk di Jeju City dengan Seogwipo.


Pada hari ni kami pergi ke :

Yongduam Rock 
Jeju Folklore & Natural History Museum
Pulangkan Kereta Sewa
Jeju Dongmun Traditional Market
Makan Raj Mahal Indian Food



Yongduam Rock 

Jeju Trip 2023 : Hari Kelima Di Jeju ( Part 7)


Terletak di pantai utara di pusat bandar Jeju, Yongduam Rock ialah batu setinggi 10 meter yang dianggarkan telah lapuk dari masa ke masa akibat angin kencang dan ombak menjadi bentuk yang menyerupai kepala naga. 


Terdapat banyak legenda yang mengelilingi batu itu. Satu legenda mengatakan bahawa seekor naga yang mencuri jed berharga dari Gunung Hallasan telah ditembak jatuh oleh anak panah dari dewa gunung. Apabila dia terjatuh, tubuhnya serta-merta tenggelam ke dalam lautan dan kepalanya dengan cepat membeku memandang ke langit. 


Legenda lain mengatakan bahawa seekor kuda putih, yang bermimpi menjadi seekor naga dan naik ke langit, telah ditangkap oleh seorang askar dan membeku ke dalam batu.

Jeju Trip 2023 : Hari Kelima Di Jeju ( Part 7)




Jeju Folklore & Natural History Museum


Jeju Trip 2023 : Hari Kelima Di Jeju ( Part 7)


Jeju Folklore & Natural History Museum mengumpul, menyelidik dan mempamerkan tinggalan cerita rakyat dan bahan sejarah semula jadi Jeju-do. Sejak dibuka pada 24 Mei 1984, muzium ini telah menyediakan kaedah paparan yang berbeza untuk membantu pelawat memahami keunikan alam dan budaya Jeju. 


Dari lobi, pengunjung dapat melihat diorama ikan besar dan hidupan laut serta pembentukan Pulau Jeju dan pelbagai hidupan semula jadi. Muzium ini juga memberikan pemahaman yang lebih baik tentang penduduk Jeju pada masa lalu.

Jeju Trip 2023 : Hari Kelima Di Jeju ( Part 7)





Pulangkan Kereta Sewa

Jeju Trip 2023 : Hari Kelima Di Jeju ( Part 7)


Sebaik sahaja melawat 2 tempat ini kami mengambil keputusan untuk memulang awal kereta sewa sebab memandu di Jeju City tidak sesuai untuk kami dengan suasana yang kelam kabut serta trafik yang tinggi.


Saya dan isteri dalam keadaaan tekanan semasa memandu di Jeju City dan jika kami biarkan keadaan ini maka lebih teruk akan terjadi dan mungkin kemalangan.


Sistem pemulangan amat mudah sahaja, serahkan pada mereka dan mereka periksa bawah 5 minit dan selesai. Inilah kelebihan jika mengambil insuran CDW.


Selepas pemulangan kereta, kami menaiki bas ke lapangan terbang dengan shuttle bas percuma yang disediakan. Sebab di kawasan sana tiada teksi untuk bawa kami pulang dan teksi yang ada hanya di lapangan terbang. Anda boleh tanya pada mana-mana pihak di sana hendak ke airport, mereka akan tunjukkan.


Sebaik sahaja samapi disana, kami sewa teksi dan minta bawa kami ke Dongmun market. Intineri kami kena penuhkan walaupun tanpa kereta dan hati kami amat lega naik teksi melancong di dalam Jeju City.



Jeju Dongmun Traditional Market

Jeju Trip 2023 : Hari Kelima Di Jeju ( Part 7)


Pasar Tradisional Jeju Dongmun telah ditubuhkan selepas pembebasan pada tahun 1945. 


Akibat kebakaran besar yang berlaku pada Mac 1954, seluruh pasar dan kawasan berhampiran telah menjadi abu. Pasaran kemudiannya dipindahkan ke lokasi semasa, mengekalkan nama asal. 


Sebagai salah satu pasar tradisional yang paling popular di Jeju, Dongmun telah melayani ramai pelanggan, menjual pelbagai barangan pada harga yang murah. Sebagai wakil pasar tradisional Jeju, pasar ini terkenal dengan makanan laut segar.



Makan Raj Mahal Indian Food

Jeju Trip 2023 : Hari Kelima Di Jeju ( Part 7)

Selepas ronda-ronda di Dongmun Market kami pulang ke hotel lebih awal kerana pagi ini kami akan balik pada pukul 0820am, Baik kami rehatkan badan kami .


Pada pukul 0300pm kami mencari kedai makan muslim yang diberikan oleh adik ipar kami dan melalui GPS agak dekat iiatu dalam 700 meter dari hotel kami.


Maka kami ambil keputusan berjalan kaki ke sana dan kami berjaya menemui kedai tersebut. Power ahhh..






Catat Ulasan