PERSIAPAN AKHIR MELANCONG KE JEJU PADA MAY 2023 - PART 1 - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Jumaat, 21 April 2023

PERSIAPAN AKHIR MELANCONG KE JEJU PADA MAY 2023 - PART 1

 

PERSIAPAN AKHIR MELANCONG KE JEJU PADA MAY 2023 - PART 1


Persiapan terakhir melancong ke Jeju telah hampir selesai dan saya akui memang banyak kerja hendak anda lakukan jika mahu melancong sendirian tanpa pemandu pelancong dan ditambah lagi jika ada dokumen tambahan yang diminta oleh sesebuah negara tersebut khususnya Korea.


Ini adalah penerangan kos serta persiapan yang harus anda lakukan di Malaysia sebelum melancong  ke Korea. Saya akan tulis Part 1 dulu dan kemudian akan disusuli part-part lain sebelum dan selepas saya melancong ke Jeju 2023 ini.


Jika anda lihat kos keseluruhan untuk 2 orang ialah RM7317 hanya untuk persiapan di Malaysia untuk melancong ke Jeju dari 6 May - 12 May( 7 hari 6 malam )


Kos terbesar ialah kos penerbangan dan kos sewa kereta. Namun jika bandingkan jika saya ambil pemandu pelancong di Jeju kos seorang ialah hampir RM3K tanpa dikira kos penerbangan. Maka ianya agak berbaloi ler.


Jom mari kita pergi detailed kos persiapan yang harus anda lakukan:

1. KOS PENERBANGAN 
2. INTINERI 
3. HOTEL 
4. SEWA KERETA
5. K-ETA 
6. LESEN MEMANDU ANTARABANGSA
7. INSURAN PERJALANAN
8. LAIN-LAIN



KOS PENERBANGAN 

Saya tersilap semasa membeli tiket penerbangan ini kerana saya membeli dari Air Asia dan apabila siap pembelian rupanya Air Asia mempunyai link ke tiket penerbangan yang lain iaitu Scoots dan saya dah terbeli maka kena naik Scoot ler.


Jika saya beli secara direct dengan Scoot mungkin murah kot. Ini adalah tiket penerbangan bukan secara terus ke Jeju. Kami terpaksa transit di Singapora dahalu dan kemudian ke Jeju.


Ini kerana saya hendak mendapatkan tiket penerbangan yang murah dan harga inilah yang paling murah dan mau tak mahu terpaksa transit.


INTINERI 

PERSIAPAN AKHIR MELANCONG KE JEJU PADA MAY 2023 - PART 1


Saya merasakan intineri saya paling lengkap ..heheheheh. Saya siap membuatnya dakam power point dan jarak  perjalanan sepanjang percutian kami di Jeju.

Kami kasi padat intineri ini dan jika malas nak pergi maka kami tak perlu pergi. Lebih baik kami masukkan semua pusat pelancongan yang ada di Jeju. Saya akan sharekan fail ini nanti selepas percutian kami ini yek.


Kami mengambil keputusan untuk melancong ke seluruh Pulau Jeju dan kami telah mengambil 3 buah hotel sepanjang percutian kami ini. Kami bermula dari Seogwipo dan akhir sekali ke Jeju City. 

PERSIAPAN AKHIR MELANCONG KE JEJU PADA MAY 2023 - PART 1


Kami tak pasti samada intineri ini akan berjaya kami ikuti atau tidak. Namun kami sedaya upaya membuat intineri sebaik mungkin dengan mengambil kira tempoh perjalanan dan sebagainya. 


Seperti gambar di atas, saya membuat laluan ke Muzium Teh mereka dan masa yang diambil ke sana.  Jika dilihat melalui initineri saya ini, macam dah lengkap tetapi realitinya, kami akan berkongsi dengan anda.


Tentu anda teruja dan saya pasti lagi teruja untuk melihat intineri kompleks kami ini..hehehehe


HOTEL 

PERSIAPAN AKHIR MELANCONG KE JEJU PADA MAY 2023 - PART 1

Kami menyewa 3 buah hotel menggunakan booking.com dan saya akui kos hotel di Jeju agak murah berbanding di Malaysia. Kebanyakan hotel yang kami booking ini adalah 3 hingga 4 bintang.


Bukanlah saya tidak mahu menyewa hotel murah tetapi saya kami melancong berdua sahaja dan keselamatan adalah penting untuk kami. 


Jika dilihat hotel kami mengelilingi keseluruhan Pulau Jeju seiring dengan intineri kami.


SEWA KERETA

PERSIAPAN AKHIR MELANCONG KE JEJU PADA MAY 2023 - PART 1


Kami menyewa kereta berdekatan di lapangan terbang dan itu yang disarankan oleh semua pelancong semasa kami membuat kajian.


Saya mengambil Kia K3 sebab ia pakej beliau ini ada menyediakan CDW iaitu insuran jika berlaku kemalangan ketika saya melancong ke Jeju. Maka saya tak perlu membayar kos.  Saya kena ambil kira semua perkara ini sebab ini adalah pelancongan pertama saya tanpa pemandu pelancong.


Saya menggunakan website Rental.com untuk menyewa kereta di Jeju dan melalui perbandingan ianya agak murah dan banyak pilihan. Walau bagaimana pun ia merupakan salah satu kos terbesar saya.


K-ETA 

PERSIAPAN AKHIR MELANCONG KE JEJU PADA MAY 2023 - PART 1


Ini adalah wajib anda lakukan sebelum melancong ke Korea iaitu mengambil K-ETA. Ianya macam Visa tetapi bukan visa tetapi maklumat lengkap anda semasa berada di Korea


Ianya diujudkan semenjak Covid-19 dan masih lagi dipakai untuk beberapa negara termasuk Malaysia, Anda kena buat permohonan di laman web mereka. 


Kalau anda tak mohon maka anda tidak boleh masuk ke Korea dan proses untuk kelulusan ialah 72 jam. Lebih baik buat awal dan jangan lupa plak..hehehehe


LESEN MEMANDU ANTARABANGSA

PERSIAPAN AKHIR MELANCONG KE JEJU PADA MAY 2023 - PART 1


Ini wajiblah kerana anda hendak memandu di negara orang dan kos ambil pun semurah RM150 sahaja.


Tak susah nak memohon ke JPJ dan sebelum ke sana. Ada beberapa syarat yang perlu anda bawa - KLlK SINI


INSURAN PERJALANAN

PERSIAPAN AKHIR MELANCONG KE JEJU PADA MAY 2023 - PART 1


Ini adalah perkara wajib yang harus anda dapatkan jika melancong ke luar negara. Dulu saya tak ambil peduli sangat, bila saya baca banyak kes-kes rakyat Malaysia yang tersadai di hospital negara orang apabial sakit kerana tida mempunyai wang untuk membayar kos hospital kerana terlalu mahal dan seba inilah anda memerluka insuran.


LAIN-LAIN

Lain-lain yang saya tidak masukkan di sini ialah membeli makanan froven kerana kita berada di negara orang. Dan sebagai orang islam jangan lupa beli sabun samak untuk membasuh cawan atau pinggan di hotel kerana kita tak tahu apa yang mereka makan di atas pinggan tu kan.


Perkara yang masih lagi belum buat ialah "baggage add on" yang harus kami bawa. Nak pergi minta add on di Asia Asia nak tunggi queqe time dia punyalah lama. ( Dapatkan kos tambahan kami di artikel ini  )


Kalau beli di kaunter memang kena taji harga ....ini sahaja yang kami belum lakukan.

PERSIAPAN AKHIR MELANCONG KE JEJU PADA MAY 2023 - PART 1

Kos parking kereta belum kira lagi. Total kos dalam RM356 lebih kurang anggarannya.....Boleh tahan gak.

Kami telah ambil keputusan untuk gunakan pemandu hantar kami ke lapangan terbang pergi dan balik kerana kos keseluruhan hanya RM360 sahaja dan ianya lebih berbaloi.




KESIMPULAN MELANCONG KE JEJU 2023

Pada dasarnya inilah persiapan kami dan sesiapa yang pernah ke Jeju jika terbaca artikel ini boleh berikan sedikit nasihat kepada kami.

Dan kos perbelanjaan ini boleh dikurangkan lagi jika dapat harga tiket kapal terbang yang murah serta sewa kereta yang murah. Dan jumlah melancong kami disana agak panjang memang kena dengan harganya kot..hehehehe


Dan yang pasti sebagai blog travel, kami akan menceritakan permulaan hingga akhir perjalanan kami. Doakan yang terbaik untuk kami suami isteri yek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan