Jeju Trip 2023 : Hari Terakhir di Jeju (Part 8)

Jeju Trip 2023 : Hari Terakhir di Jeju (Part 8)

 Jeju Trip 2023 : Hari Kelima di Jeju (Part 7)


Hari terakhir kami akan berada di Jeju ialah 12hb may 2023 dan penerbnagan kami pada pukul 0820am. Untuk mengelakkan masalah kerana kami belum membeli baggage untuk pulang maka saya telah booking taxi menggunakan aplikasi Klook pada pukul 0400am pergi lapangan terbang Jeju.

Jeju Trip 2023 : Hari Terakhir di Jeju (Part 8)


Bayaran yang dikenakan ialah USD36. Kami tak mahu kelam kabut masa nak balik nanti.


Pada pukul 0400am, seperti yang kami booking. Teksi telah mengambil kami di Elin Hotel dan hantar kami ke lapangan terbang Jeju.

Jeju Trip 2023 : Hari Terakhir di Jeju (Part 8)
Satu perkara yang kami tak jangkakan semasa teksi hantar kami ke lapangan terbang ianya bergelap!! Apabila saya buat pemeriksaan di internet rupanya lapangan terbang Jeju hanya dibuka pada pukul 0500am hingga 1100pm sahaja.


Pemandu kami pun senyap sahaja dan tidak beritahu apa-apa. Maka aku dan wife terpaksa berdiri dalam kesejukan hampir 40 minit diluar lapangan terbang Jeju berdua sehingga pintu dibuka pada pukul 0440am dan operasi lapangan terbang Jeju mula beroperasi pada pukul 0530am.


Kalaulah kami tahu dan mendapat maklumat ini dari receptionist serta pemandu teksi tersebut, tak payah aku sewa teksi awal pagi kerana takut tiada teksi. Lagi baik gerak dari hotel dalam pukul 0500am sahaja.


Ini lah masalah orang Korea, kau kata A dia buat A sahaja tanpa beritahu pada anda. hawau tuiii.

Jeju Trip 2023 : Hari Terakhir di Jeju (Part 8)
Keadaan gelap gelita di lapangan terbang Jeju pada pukul 0400am



Jeju Trip 2023 : Hari Terakhir di Jeju (Part 8)
Selamat Tinggal Jeju 


Kami bergerak dari Lapangan terbang Jeju pada pukul 0820am dan tiba di Singapura setelah berada di dalam kapal terbang selama 5 jam 40 minit. Memang terasa cukup lama.


Sebelum itu kami telah membeli baggage baru dengan berat 30 kilo dan dikenakan bayaran dalam RM400. Nasib baik kredit kad diterima bukannya minta duit tunai seperti yang berlaku di KLIA 2.


Kami transit di Singapura selama 5 jam dan perkara pertama kami buat ialah makan dahulu. Selepas makan kami mencari kaunter Air Asia dan rupanya Air Asia berada di Terminal 4. Kami pula berada di Terminal satu.


Perjalanan dari Terminal Satu ke Terminal 4 harus menggunakan shuttle bas yang disediakan. Nasib baik aku buat kajian semasa transit ke Jeju dahulu.



Pada pukul 0710pm kami berangkat dan meninggalkan Singapura dan pulang ke Malaysia. Drebar sudah menunggu kami dan membawa kami pulang ke rumah. dan kami tiba di rumah pada pukul 1100pm.


Syukur alhamdulilah perjalanan kami selama 7 hari 6 malam semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin.


Banyak perkara yang kami pelajari dan harapan kami yang mahu pergi ke Jeju dapat mempelajari apa yang kami tempuhi dan perbaiki serta membuat persiapan awal dan elakkan kesilapan yang kami buat.

Catat Ulasan