Jeju Trip 2023: Hari Kedua Di Jeju (Part 4)

Jeju Trip 2023: Hari Kedua Di Jeju ( Part 4)

Hari kedua di Jeju kami bergerak meninggalkan hotel pada 0900am. Kami bergerak agak pagi sebab kalau ikut intineri banyak yang kami perlu pergi serta penuhi 2 tempat yang kami tak sempat pergi.


1. CAMELLIA HILL
2. Yongmeori coast
3. Jeongbang Waterfall
4. Oedolgae
5. Hello Kitty Island



1. CAMELLIA HILL

Bayaran: KRW8000

Tempat pertama kami pergi ialah Camillia Hill dan dari namanya anda pun dah sedia maklum ia sebuah tempat bunga-bungaan atau alam sekitar.

Memang menarik sangat kawasan ini dengan susunan pelbagai bunga dan salah satu paling banyak gambar adalah disini. 

Kawasan ini jika dilihat memang menjadi salah satu kawasan tumpuan pelancongan dengan bas yang banyak.

Jeju Trip 2023:  Hari Kedua Di Jeju ( Part 4)

Jeju Trip 2023:  Hari Kedua Di Jeju ( Part 4)




2. Yongmeori coast


Mula-mula cari Yongmeori coast ini kami sesat dimana GPS membawa kami ke tempat lain. Rupanya kami kena taip Yongmeori Beach baru GPS Korea ini faham,.

Nasib baik ada uncle yang baik hati carikan arah dan tunjukkan lokasi kepada kami. Setakat ini kami amat bertuah kerana  ramai yang menolong kami.

Kawasannya diperbuat daripada timbunan batu pasir, dibina selama berjuta-juta tahun. Terdapat gua-gua pantai di sini yang berbentuk bilik, dan batu-batu lebar bertindan di antara satu sama lain di sepanjang tebing pantai yang mencipta pemandangan indah di tepi laut.

Jeju Trip 2023:  Hari Kedua Di Jeju ( Part 4)

Jeju Trip 2023:  Hari Kedua Di Jeju ( Part 4)



3. Jeongbang Waterfall


Bayaran : KRW 2000

Kawasan ini terdapat 3 jenis air terjun yang mempunyai total jarak 1KM dan memang penat ler kalau anda nak pergi satu persatu semua air terjun tersebut.

Kami pergi 2 air terjun sahaja sebab airterjun selepas tu ialah 500 meter dan rasanya tak mampu nak pergi lagi. ..hehehehe.

Kena jaga lutut sebab banyak lagi hari kami disini ( sebenarnya alasan)

Jeju Trip 2023:  Hari Kedua Di Jeju ( Part 4)

Jeju Trip 2023:  Hari Kedua Di Jeju ( Part 4)

Jeju Trip 2023:  Hari Kedua Di Jeju ( Part 4)


4. Oedolgae

Bayaran: Percuma

Terletak di kawasan Seogwipo, Selatan Pulau Jeju, Oedolgae Rock berdiri sendiri di pantai yang indah berhampiran pantai Sammaebong, Seogwipo.

Di Korea, Oedolgae bermaksud "tiang batu tunggal." Batu Oedolgae terbentuk apabila gunung berapi meletus kira-kira 150,000 tahun dahulu.



Jeju Trip 2023:  Hari Kedua Di Jeju ( Part 4)

Jeju Trip 2023:  Hari Kedua Di Jeju ( Part 4)





5. Hello Kitty Museum 


Bayaran: KRW 14,000

Luangkan sehari dengan Hello Kitty dan temui sejarah 40 tahun jenama itu dalam satu perjalanan sehari yang penuh dengan cerita dan kisah menarik. 

Pengalaman kreatif ini akan membangkitkan kepekaan artistik pengunjung dan pengunjung boleh menemui pelbagai aspek budaya unik Hello Kitty melalui program pendidikan biasa serta pameran tetap dan terancang.



Membeli produk khusus unik kedai cenderamata, dan nikmati teater 3D termaju di ruang budaya yang kompleks ini. JIka anda peminat Hello Kitty ini adalah tempat wajib harus anda pergi.


Jeju Trip 2023:  Hari Kedua Di Jeju ( Part 4)

Jeju Trip 2023:  Hari Kedua Di Jeju ( Part 4)




Catat Ulasan