Permohonan lesen memandu antarabangsa 2023

Permohonan lesen memandu antarabangsa

Permohonan lesen memandu antarabangsa


DIKEMAS KINI 2023 

Lesen memandu adalah salah satu syarat wajib untuk memandu kereta atau motosikal. Dengan memiliki lesen ini, Anda diakui sebagai pemandu yang mahir memandu sehingga Anda dapat membawa kenderaan Anda dengan selamat.

Bagi Anda yang berminat untuk melakukan perjalanan darat, menyewa kenderaan dan memandu kenderaan sendiri di negara lain, cara membuat lesen memandu antarabangsa boleh dikatakan sangat mudah dan pantas.

Anda tidak perlu melakukan ujian teori atau praktikal kerana Anda hanya perlu melengkapkan dokumen yang diperlukan.

Lesen memandu Antarabangsa ini berbeza dengan lesen memandu standard di Malaysia. Lesen memandu Antarabangsa Malaysia mempunyai bentuk seperti buku permit berwarna coklat/kuning.


Kelayakan Permohonan Lesen Memandu Antarabangsa

Senarai kelayakan dibawah ini perlu Anda miliki sebelum memohon lesen memandu Antarabangsa.


  • Anda mempunyai lesen memandu kompeten (CDL) yang masih berkuatkuasa melebihi 1 tahun.
  • Tempoh International Driving Permit (IDP) adalah 1 tahun sahaja.
  • Anda tidak tidak disenaraihitamkan.

Jika Anda disenaraihitamkan, Anda tidak diperbolehkan untuk membuat lesen ini. Kerana pegawai JPJ akan melihat sejarah data Anda di komputer.


Dokumen Yang Diperlukan

Apa yang Anda perlu bawa cuma dokumen dan Anda juga harus menyediakan wang untuk membayar kos membuat lesen memandu Antarabangsa.

  • Salinan kad pengenalan x 1
  • Salinan lesen memandu x 1
  • Gambar berukuran pasport x 1 ( latar belakang warna putih) 
  • Membawa wang RM150


Cara Mohon Lesen Memandu Antarabangsa


Setelah mengetahui syarat-syarat yang mesti dilengkapkan dan dibawa, Anda boleh datang terus ke JPJ terdekat untuk membuat driver license Antarabangsa.

Pastikan kelayakan dan dokumen yang diperlukan telah tersedia, seterusnya ikuti langkah-langkah berikut.

  1. Sila pergi ke JPJ terdekat.
  2. Ambil nombor giliran (download dahulu aps JPJ untuk ambil no giliran) 
  3. Tunggu nombor Anda dipanggil, serahkan semua dokumen yang diperlukan.
  4. Anda tunggu sekitar 5 minit, pegawai kat kaunter keluarkan buku permit yang akan di cop, tampal gambar dan ambil duit RM150. Pembayaran JPJ kini adalah e-cash melalui debit / kredit kad
  5. Sila tanda tangan lesen memandu tersebut.
  6. Selesai.

Biasanya pegawai JPJ akan bertanya kepada Anda tujuan/destinasi negara dan keperluan pergi ke luar negara.


Lesen memandu IDP atau lesen memandu antarabangsa ini hanya berlaku/valid 1 tahun sahaja. Sekiranya tamat tempoh, Anda harus membuat ulang dengan mengikuti proses diatas.

Catat Ulasan