INSURAN PERJALANAN KE JEJU - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Khamis, 9 Mac 2023

INSURAN PERJALANAN KE JEJU

 

Cuba tanya pada diri sendiri. Berapa kali anda pernah membeli insurans perjalanan? Adakah ia perkara wajib yang mesti dilakukan, atau ia bergantung kepada destinasi atau jenis percutian yang dirancang? 

Walau apa pun jawapan anda, hakikatnya, ramai rakyat Malaysia menganggap insurans perjalanan tidak penting walaupun kos yang perlu dikeluarkan cukup minimum. Dalam satu tinjauan yang perlu dilakukan oleh Tune Protect tidak lama dahulu, lapan daripada 10 rakyat Malaysia mengakui kepentingan membeli insurans perjalanan. 

Namun, hanya 34.6 peratus akan membeli insurans perjalanan, terutamanya bagi penerbangan jarak jauh dan lokasi mencabar. Situasi ini berlaku kerana rata-rata pelancong Malaysia suka ‘bersangka baik’ apabila mahu bercuti. “Tak mungkinlah sesuatu buruk boleh berlaku. Bukan negara berisiko tinggi pun, dekat jer dengan Malaysia” – itu antara ayat yang selalu dituturkan.

Namun, dunia pelancongan kini tidak lagi sama. Virus pembunuh COVID-19 telah menukar landskap pelancongan di seluruh dunia. Untuk mengembara ke sesetengah negara, mahu tidak mahu, anda perlu membeli insurans perjalanan yang turut melindungi diri anda sekiranya dijangkiti COVID-19.

Jadi, janganlah mengeluh jika perlu keluarkan sedikit wang untuk membeli insurans perjalanan ini. Manfaat yang akan dinikmati adalah lebih besar berbanding jumlah yang perlu dibayar. Jom semak, 5 sebab mengapa anda tidak boleh kedekut membeli insurans perjalanan.

1) Tidak mampu meleburkan pelaburan percutian

Anda telah membelanjakan kira-kira RM5,000 untuk membeli pakej percutian idaman. Namun, tiba-tiba berlaku insiden yang memaksa anda untuk menangguhkan percutian. Perlu diingatkan, bukan semua tiket penerbangan boleh dijadualkan semula, lebih-lebih lagi jika dibeli pada harga promosi. 

Namun, jika anda membeli insurans perjalanan yang mempunyai faedah pembatalan perjalanan, anda tidak perlu risau. Anda boleh mendapatkan pembayaran balik untuk prabayar, kos perjalanan asalkan ia atas sebab yang dilindungi. 

Sebab-sebab yang dilindungi boleh termasuk situasi seperti penyakit serius, kecederaan orang yang diinsuranskan, teman perjalanan atau ahli keluarga; kematian pengembara yang diinsuranskan, teman perjalanan atau ahli keluarga; bencana alam atau peristiwa lain yang menyebabkan destinasi anda tidak dapat dilawati dan lain-lain lagi. 

2) Kos perubatan di luar negara boleh menjadi sangat mahal

Pertimbangkan senario ini, ketika anda sedang seronok meluncur ais di Seoul, Korea Selatan, tiba-tiba anda terjatuh sehingga menyebabkan tangan anda patah atau kecederaan serius yang lain. Atau mungkin juga anda dijangkiti COVID-19 yang memerlukan anda dirawat atau dikuarantin. Jika ke hospital, sudah tentu pihak hospital memerlukan jaminan untuk memulakan prosedur. Wang pendahuluan yang diperlukan di hospital luar negara sudah semestinya bukan sedikit. Satu sebabnya mungkin kerana kadar tukaran matawang yang berbeza dan satu sebab lagi kerana anda bukan rakyat tempatan.

Apabila anda mempunyai insurans perjalanan dengan faedah perubatan kecemasan, ia boleh membayar kerugian akibat kecemasan perubatan yang dilindungi sekiranya ia berlaku ketika perjalanan anda. Faedah pengangkutan perubatan kecemasan boleh membayar pengangkutan yang diperlukan dari segi perubatan ke kemudahan perubatan yang sesuai yang terdekat, serta kos untuk membawa anda pulang selepas kecederaan atau penyakit yang dilindungi. Anda tidak perlu membayar sesen pun!

3) Penerbangan tertunda

Percutian adalah satu pelaburan untuk kebahagiaan. Ini bermakna, anda tidak mungkin mahu melalui episod di mana penerbangan anda dibatalkan atau ditunda, terlepas penerbangan sambungan, beg hilang atau gangguan perjalanan lain. Kesemua perkara ini boleh merosakkan kegembiraan.

Insurans perjalanan boleh membantu menjadikan situasi ini lebih baik. Faedah kelewatan atau pembatalan perjalanan boleh membayar balik anda untuk perbelanjaan penginapan/perjalanan tambahan akibat kelewatan berlepas yang dilindungi selama enam jam atau lebih. 

Seandainya bagasi anda terlewat atau disalah arah oleh syarikat penerbangan selama 24 jam atau lebih, faedah kelewatan bagasi boleh membantu anda membuat pembelian tambahan untuk barang-barang penting seperti pakaian dan barangan penjagaan diri.

4) Kehilangan dokumen penting atau wang

Malang tidak berbau. Meskipun langkah berjaga-jaga telah diambil, anda mungkin berpotensi untuk kehilangan barangan peribadi seperti telefon bimbit, kad kredi, wang atau yang paling menakutkan ialah kehilangan buku merah (pasport). Kehilangan mungkin bukan disebabkan kecuaian tetapi kerana menjadi mangsa jenayah seperti ragut atau penyeluk saku. 

Kehilangan dokumen penting, terutamanya pasport di luar negara boleh menyebabkan anda terkandas selagi urusan mendapatkannya semula tidak selesai. Jadi sudah tentulah anda memerlukan wang untuk perbelanjaan. Bagi kes kehilangan pasport misalnya, polisi insurans perjalanan boleh membantu anda dari segi kewangan semasa dalam proses mendapatkan permit perjalanan sementara, menampung sebarang kerugian (yang mungkin berlaku) sekali gus menjamin perjalanan pulang anda ke tanah air dengan selamat. 

Kebiasaannya, syarikat insurans akan menanggung perbelanjaan untuk kos pengangkutan ke pejabat kedutaan, kos panggilan telefon ke negara asal, serta penginapan sepanjang proses mendapatkan permit sementara selesai. Bagaimanapun, perlindungan ini tidak terpakai jika pihak insurans mendapati ia disebabkan kecuaian diri sendiri.

5) Mudahkan urusan bawa pulang jenazah

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Pahit untuk ditelan, tetapi kenyataannya setiap individu boleh dijemput ‘pulang’ pada bila-bila masa sahaja, walau di mana pun anda berada. Jadi, buatlah persediaan yang perlu seandainya perkara ini terjadi. Itupun jika anda benar-benar mahu dibawa pulang ke pangkuan keluarga.

Kos membawa pulang jenazah tidak sama seperti membeli tiket penerbangan untuk seorang. Malah, ia jauh lebih mahal. Ini kerana ia membabitkan pelbagai perkara dan ia bukanlah satu perkara yang mudah. Ia melibat pelbagai kos pengangkutan dan juga dokumentasi. Jika anda masih ingat, kes wanita Malaysia, Rabitah Hamed yang maut akibat kemalangan di Australia pada tahun lalu, keluarganya memerlukan RM50,000 untuk membawa jenazah pulang.

Moga panduan ini memberi gambaran sebenar kepentingan insurans perjalanan untuk semua. Rancanglah percutian idaman dengan bijaksana! -


6) Insuran Pilihan 

ETIQA


AXA 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan