PILIHAN ITINERARY 5 HARI 4 MALAM DI JEJU


PILIHAN ITINERARY 5 HARI 4 MALAM DI JEJU

ITINERARY 5 HARI 4 MALAM DI JEJU

Day 1 Jeju Utara (Lunch & Dinner)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju.

Check in ke Hotel untuk menyimpan barang-barang.

Makan Tengahari.

Melawat gunung tertinggi di Korea iaitu Hallasan Mountain.

Melawat Jeolmul Pine Forest

Yongduam Rock

Yeohyeon Bridge

Membeli belah di Dongmun Market dan Jungang Mall.

Makan Malam.



Day 2 Jeju Timur (Breakfast, Lunch & Dinner)

Sarapan Pagi

Bertolak ke Gimnyeong Beach. Kita akan memandu di tepi laut menikmati keindahan air laut yang jernih dan pemandangan kincir angin.

Berhenti di Woljeong Beach yang penuh dengan cafe-cafe yang terkenal di Pulau Jeju.

Berhenti untuk makan tengahari.

Melawat Seongsan Ilchulbong, sebuah bukit yang terbentuk dari letusan gunung berapi. Anda boleh mendaki selama 30 minit sekiranya ingin melihat bekas kawah gunung berapi.

Bertolak ke Seopjikoji Lighthouse  yang terkenal kerana drama Korea, All-In.

Sebelum pulang ke Hotel, singgah di  Songeup Folk Village, sebuah kampung tradisional berusia 200 tahun.

Makan Malam dan pulang ke Hotel.



Day 3 Jeju Selatan (Breakfast, Lunch & Dinner)

Sarapan Pagi

Bertolak ke Selatan Jeju dan melawat destinasi pertama iaitu Jusangjeolli Cliff dan Cheonjeyeon Waterfalls. 

Makan Tengahari

Melawat Ladang Oren

Melawat Yongmori Coast atau dikenali sebagai Jeju Grand Canyon.

Melawat Ladang Osulloc Green Tea & Innisfree House

Makan malam dan pulang ke Hotel.



Day 4 Udo Island (Breakfast & Dinner)


Selepas sarapan pagi, kita akan bertolak ke Jeti Seongsan untuk menaiki Feri ke Pulau Udo.

Menaiki Feri selama 15 minit ke Pulau Udo.

Aktiviti bebas selama 3 jam di Pulau Udo. Anda meneroka Pulau ini sama ada menggunakan Basikal, Bas ataupun Skuter.

Setelah itu, kembali ke Hotel dan anda bebas untuk menjalankan aktiviti masing-masing.

Makan Malam.



Day 5 Jeju – Kuala Lumpur (Breakfast)


Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Lapangan Terbang Jeju untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Catat Ulasan