BULAN MAY DI JEJU IALAH MUSIM BUNGA - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Khamis, 9 Mac 2023

BULAN MAY DI JEJU IALAH MUSIM BUNGA

 




Saya akan melancong ke Jeju pada bulan May dan mengikut musim pada bulan May ialah Musim Bunga iaitu cuaca yang paling panas tetapi menarik. Musim Bunga di Jeju ialah pada March hingga May.



Spring atau musim bunga, musim yang wajib bagi peminat bunga-bunga especially bunga sakura. Time ni, jalan-jalan rasa blissful sangat. Kiri kanan penuh bunga cantik-cantik dan colorful.

Musim bunga ni ialah antara bulan Mac hingga Mei. Kalau nak lagi best, pergi pada pertengahan bulan 4. Time tu memang boleh nampak sakura di mana-mana sahaja.

Suhu musim bunga pula antara 10 – 22°C. Sekitar bulan 4, cuaca di sana nyaman sahaja kerana tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Untuk pakaian, anda boleh pakai seperti di Malaysia. Elok juga sediakan sweater sekiranya anda hendak keluar malam.

Sekiranya anda pergi dalam bulan Mac, cuaca masih sejuk, jadi anda perlu pakai sweater dan kasut bertutup.


Yang paling menarik pada musim bunga di Korea adalah Cherry Blossom Festival, Lotus Lantern Festival, Pesta Musim Bunga, dan The Jeju Canola Flower Festival di Jeju.

Jadi pada waktu ini adalah sedikit sesak kerana ramai orang menyambut festival.



Untungnya siapa sekarang ini yang berkesempatan pergi ke Korea Selatan. Sebab apa untung? Sebab sekarang tengah musim bunga. Cuba bayangkan betapa cantiknya pemandangan di sana. Kemudian ditambah lagi dengan cuaca dingin, memang tak mahu balik tanah air rasanya.

Namun bagi anda yang belum pernah menjejakkan kaki di Korea ketika musim bunga, kami kongsikan beberapa tips yang sangat membantu anda ketika berada di sana.


1. Pakaian Yang Sesuai

Pakaian yang sesuai merupakan kunci utama dalam memastikan perjalanan anda sentiasa selesa. Maklumlah kadang-kadang bila sudah sejuk sangat, mulalah mahu berhenti di setiap lokasi bagi memanaskan badan. Pastikan pakaian yang anda beli nanti mudah hangat dan juga ringan sekaligus memudahkan pergerakan anda.


2. Kaji Lokasi & Jarak Perjalanan

Ini adalah perkara asas sebelum anda pergi travel ke mana-mana pun. Ketika berada di tanah air pun sudah boleh rangka perjalanan dan lokasi di mana anda ingin lawati. Jika ikut travel agensi, mungkin sudah disiapkan tapi jika pergi dengan bersendirian, adalah lebih baik anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang lokasi yang anda ingin tujui.


3. Kasut Sangat Penting

Jangan berjenaka ingin travel dengan hanya berselipar di Korea ketika musim bunga. Memang tidak sesuai langsung. Kami sarankan anda untuk beli kasut yang mempunyai tapak yang selesa. Kebiasannya ketika travel, kita akan banyak berjalan dan keadaan tapak kaki yang terjaga akan membuatkan anda kurang penat.


4. Kamera

Baju pun sudah sesuai, kasut pun memang terjamin selesa, jadi janganlah terlupa untuk membawa kamera untuk bergambar. Jika anda yang suka ambil video ketika travel, ada baiknya dapatkan video kamera kecil yang sangat mudah untuk didapatkan di mana-mana kedai kamera ini. Sekurang-kurangnya ia tidak berat dan mudah dibawa ke mana-mana.

5. Elakkan Muka Kering

Ini satu perkara yang sangat penting ketika berkunjung ke negara beriklim sejuk. Penjagaan wajah seharusnya diberi keutamaan. Serius, bagi siapa yang pernah pergi ke luar negara ketika musim sejuk, wajah pastinya akan lebih cepat kering.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan