PANDUAN SEWA KERETA DI JEJU ISLAND, KOREA

PANDUAN SEWA KERETA DI JEJU ISLAND, KOREA

 PANDUAN SEWA KERETA DI JEJU ISLAND, KOREA




A) Buat Tempahan Sewa Kereta Semasa Di Malaysia

1. Sebaiknya, anda buat booking waktu di Malaysia. Saya cadangkan guna website rentalcars.com, website ini akan senaraikan beberapa company yang ada dan sesuai dengan kereta yang anda pilih. ( rentarcars ni macam search engine, sama macam skyscanner dan booking.com)

2. Sebaik tiba bahagian ketibaan di lapangan terjang Jeju, keluar dari pintu ketibaan antarabangsa, terus ke gate nombor 5. Selepas keluar dari gate, anda perlu lintas jalan dan ikut laluan pejalan kaki ke sebelah kanan. Anda akan nampak satu bangunan yang ada banyak bas parking di depannya.

3. Tapi ni sebenarnya bukan ofis sewa kereta. Di sini, anda perlu naik shuttle bas untuk ke ofis kereta sewa
( jika tak pasti, tunjukkan voucher tempahan sewa kereta anda pada staf di situ, dan mereka akan beritahu anda shuttle bas di petak parking mana yang anda perlu naik). Shuttle bas ini adalah percuma. Tak perlu bayar .

4. Sebagai contoh, saya sewa kereta dengan syarikat AJ Car Rental, jadi saya perlu ambil shuttle bus di petak nombor 13.

5. Sebaik tiba di pejabat sewa kereta, tunjukkan voucher booking pada staf di kaunter.
Untuk makluman, untuk menyewa kereta di Korea, anda diwajibkan mempunyai lesen memandu antarabangsa.


B) Pastikan Kereta Ada Perlindungan Insurans

Sebelum tanda tangan dokumen perjanjian sewa kereta, pastikan anda bertanya berapa perlindungan insurans yang anda akan dapat jika berlaku kemalangan. Biasanya sewaktu tempahan, pihak sewa kereta hanya memberi perlindungan asas sahaja.


Sebaiknya, add on kepada premium insurans yang mana anda tidak perlu membayar apa2 jika berlaku kemalangan.

Jika anda telah ambil full coverage insurans, anda tidak perlu untuk periksa satu persatu jika ada bahagian kereta yang calar balar atau defect lain.

Kereta anda juga akan dibekalkan dengan GPS. Dan biasanya, staf kereta sewa akan bantu untuk setting dalam bahasa Inggeris.

Ada sesetengah GPS yang tidak dapat membaca nama tempat. Anda perlu memasukkan nombor telefon lokasi yang anda ingin tujui.


Dan anda boleh dapat senarai penuh nombor telefon semua lokasi menarik di kauter penerangan di lapangan terbang.


C) Biasakan Diri Dengan Jalan Raya Jeju

Akhir sekali, tempat duduk pemandu di Jeju adalah di sebelah kiri. Dan cabaran terbesar memandu di Jeju adalah untuk keluar dari pusat bandarnya. Jalan agak sempit dan banyak lampu isyarat. Jadi anda perlu berhati-hati agar tidak terlepas simpang atau masuk lorong yang salah.

Sebaik telah melepasi atau keluar dan sempadan bandar Jeju City, anda akan rasa betapa nikmatnya memandu di Jeju. Dengan keindahan pemandangan di kiri dan kanan, anda tidak perlu risau duit habis sebab tiada tol dikenakan untuk menggunakan jalanraya di Jeju.

Selamat bercuti ke Pulau Jeju !





KERETA SEWA JEJU MUSLIM

Whatsapp kami +601123194635

Saiz Pulau Jeju adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding Seoul. Tidak seperti Seoul, Pulau Jeju tidak mempunyai train & metro subway. Kawasan tarikan pelancong adalah jauh dan terpisah dari jaringan pengangkutan awam. Bas awam pula tidak sesuai digunakan oleh pelancong kerana jarak kawasan tarikan pelancong yang jauh dari satu tempat ke satu tempat & halangan bahasa. Oleh itu, kereta sewa merupakan pengangkutan utama para pelancong yang melawat Pulau Jeju terutama sekali anda yang mempunyai masa percutian yang terhad.

Cara paling mudah untuk menyewa kereta ialah melalui keretasewajeju.com . Pertama, sebab diorang ni rakyat Malaysia, jadi mudah untuk korang berkomunikasi. Kedua, harga yang ditawarkan di keretasewajeju.com adalah lebih murah berbanding laman web lain contohnya rentalcars.com. Bukan murah sikit tau, tapi murah banyak. Hampir RM100-RM200 lebih murah. Ketiga, korang boleh bayar online je menggunakan maybank2u, cimbclicks dan lain-lain perbankan online kat Malaysia ni. Keempat, tak perlu kad kredit dan bayaran dalam matawang ringgit Malaysia je.

Keretasewajeju.com ni bukan pembekal kereta sewa, tapi diorang ni dealer dan ada banyak syarikat-syarikat kereta sewa dekat Jeju yang berkolaborasi dengan diorang.

Apa yang diperlukan untuk menyewa kereta?

  1. International Driving license. Ini korang boleh apply dekat mana-mana pejabat JPJ dengan yuran RM150.
  2. Passport

Di mana nak pick up kereta?

Sebaik saja sampai di airport Jeju, korang kena pergi ke Rent A Car house di luar airport. Dekat situ ada banyak free shuttle bus yang akan bawa korang ke Pejabat Syarikat Kereta Sewa. Tak yah risau sebab keretasewajeju.com akan arrange semua untuk korang dan diorang akan emelkan cara-cara nak pick up kereta, kat mana nak tunggu bus dan lain-lain. Hanya pastikan bawa dokumen yang lengkap sebab kalau takda dokumen, memang tak dapat nak ambil kereta. Yang paling penting sekali, pastikan korang sewa kereta sekali dengan insurans untuk peace of mind.

Syarat-syarat umum penyewa dan pemandu

  1. Rakyat Malaysia tidak dibenarkan memandu kenderaan melebihi 9 kerusi.
  2. Mengikut undang-undang Kerajaan Korea Selatan, Warganegara Brunei & Indonesia adalah TIDAK dibenarkan memandu di Korea termasuk Pulau Jeju.
  3. Setiap pemandu wajib memiliki Permit Memandu Antarabangsa (IDP). Permit ini boleh dimohon di mana-mana pejabat JPJ di Malaysia dengan yuran RM150.
  4. Setiap pemandu adalah wajib mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea Selatan.
  5. Sekiranya anda memandu ketika musim salji, anda diwajibkan untuk menyewa rantai salji (Snow chain).
  6. Ketika salji lebat, semua pemandu adalah dilarang untuk memandu di kawasan pergunungan.
  7. Pemandu diwajibkan membayar deposit pendahuluan saman sebanyak RM200. Wang akan dipulangkan sebaik sahaja kami memastikan tiada saman dikenakan ke atas pemandu sepanjang tempoh sewaan. Proses ini akan mengambil masa selewat-lewatnya 2 minggu.



Harga : RM152 X  7 hari = RM1064 

Catat Ulasan