THE SMART HOTEL HATYAI - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Isnin, 3 September 2018

THE SMART HOTEL HATYAI



THE SMART HOTEL HATYAI



The Smart Hotel ialah pilihan kami sepanjang berada di Hatyai selama 2 hari 1 malam. 

Hotel ini menjadi pilihan kerana rating dakam booking.com ialah 8.3 /10 dan juga ianya merupakan hotel yang baru. Maka kami mengandaikan infrastrukturnya agak baik.

Kami ke sana dalam pukul 12.30pm sebab nak masuk awal. Panas sangat dan belum mandi lagi, rasa rimas sangat badan ini. Tapi kalau ikut jadual check in ialah pukul 2pm. Rakan aku tanya boleh masuk awal tak, mereka kata kena tunggu duu sebab tengah kemas bilik. Pada hari itu The Smart Hotel ini full book.

So, kami pun tunggu ler dari 12.30pm hingga 1.40pm, punyalah lama hingga macam nak marah sahaja. Tapi kami nak marah tak boleh sebab salah kami juga ler nak masuk awal…hehehehe.


Dalam pukul 2pm kami dah masuk bilik hotel. Kami minta extra bed sebab kami bertiga. Kekemasan dalam bilik hotel baik dan berfungsi. Bilik air pun semua berfungsi Cuma kekuatan air itu tak kuat. Tak best kalau mandi pancutan air tak laju. Betul tak? Tapi ia bukanlah komplen Cuma aku utarakan disini sahaja.

 Ia juga mempunyai balkoni tapi pemandangan kami ialah gudang MAKRO tengah loading/unloading barang…hehehehehe.

 Cuma aku rasa tak puas hati perkhidmatan pekerja The Smart Hotel terutama receptionist yang agak sombong dan tak mesra pelanggan. Berdasarkan pengalaman aku, receptionist haruslah  sentiasa senyum dan layan pelanggan dengan baik. Mereka tak der marah aku cuma aku lihat kelam kabut mungkin kerana  pelanggan penuh kot, tu yang penat tu. Tapi ia bukanlah alasan untuk tidak menjalankan job task kau sebagai receptisonist.

 Hanya satu sahaja layanan baik yang kami terima semasa malam tu kami balik dari makan nak parking kereta, siap ada mamat tu tolong carikan parking tapi parking dah penuh dia minta parking kat luar.  Itu sahaja hospitality yang terbaik aku terima duduk kat hotel ini.

 Lokasi The Smart Hotel ini juga baik kerana ia berdekatan dengan Festival Mall yang besar dan malam itu kami itu kami lihat dekat Festival Mall tu ada night market. Tapi tak larat ler sebab baru balik makan, kenyang betul dan penat. Tapi bila fikir balik rugi tak pergi night market ini..huhuhuhu. Night market ialah macam pasar malam di Malaysia ler yang menjual pelbagai makanan eksotik Thailand.

 Rating aku boleh berikan dari segi kemudahan, lokasi dan parking ianya baik. Cuma aku kasi rating Rendah untuk hospitalitI pekerja yang susah nak senyum walaupun lawa..hehehehe


THE SMART HOTEL HATYAI


THE SMART HOTEL HATYAI


THE SMART HOTEL HATYAI


THE SMART HOTEL HATYAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan