Ini kali kedua aku ke Medan tapi kali ini fokus pelancongan aku ialah di Danau Toba sahaja. Aku pun pening gak apa label nak tulis kat sini Medan atau Danau Toba. Buat masa sekarang aku label kan ia Danau Toba sahaja. Aku belum dapat intineri dari pemandu pelancong aku lagi.
Kalau label Medan aku dan buat masa melancong 4H3M tapi merayau ke Medan, Berastagi dan Danau Toba pada tahun 2019. Maksudnya aku melancong keseluruhan Medan.
Aku pernah katakan kalau pertama kali ke Medan, wajib jalan ketiga-tiga daerah ini. Untuk kali kedua aku spesifik iaitu Danau Toba sahaja. Aku nak melihat kelainan atau detailed Medan iaitu Danau Toba.
Aku gunakan pemandu pelancong lama aku iaitu Pak Amir. Pemandu pelancong yang baik dan kali kedua aku ke sini dapat harga spesial plak...hahahahaha. malu pula aku.
Kalau nak kesana, aku rekemen pemandu muslim ni yer..
Tiket penerbangan aku gerak dari KLIA dan turun terus ke Silangit iaitu berdekatan Danau Toba. Kalau ke Medan biasanya kita turun di Kualanamu. Tapi aku tak merancang ke Medan, hanya jalan-jalan di Danau Toba dan nak tengok air terjun kot dan ambil gambar landskap Danau Toba.
Keterujaan aku tak begitu tinggi sebab aku dah datang tetapi bini aku serta 2 adiknya belum pernah datang so mereka ler yang teruja..hahahahhaa.
Aku pun baru tahu ada lapangan terbang direct ke Danau Toba melalui lapangan terbang Silangit. Maka dari Silangit ke Parapat( pekan Danau Toba) hanya 2 jam sahaja. Tapi dari Medan ke Parapat ambil masa 3 jam tapi masa aku datang dulu mahu 4 jam lebih. Berdenyut bontot aku ..hahahaha.
Kos penerbangan Air Asia dari KLIA ke Silangit agak murah. Pergi dan balik seorang ialah RM180. 4 hari lepas tiket dia harga RM150. Hawau tui...naik pula RM30. Mungkin tarikh aku nak pergi bulan March iaitu bulan depan maka ia naik ler..hehehehhe. Cepat-cepat aku booking tadi..
Harga pemandu pelancong seperti biasa bergantung pada jumlah orang. Kalau pergi berdua mahal ler dalam RM600 sebelum diskaun seorang tapi kalau 4 orang murah lagi..Tu aku ajak adik ipar aku sekali..Bijak tak aku..
Aku tak tulis harga diskaun sebab Pak Amir ini meniaga. Ini harga spesial aku yer. Bayaran termasuk seperti dibawah:
Pakej harga sudah termasuk :
Hotel
Transport
Minyak
Driver/tour guide
Meal
Tiket feri ke pulau Samosir
Tiket lawatan masuk
Parking.
Keseluruhan kos melancong 3H2M ke Danau Toba ialah RM550. Semua siap hanya sediakan duit belanja ole-ole sahaja.
Tu sebab aku suka sangat melancong ke Indonesia, ia dah macam rumah kedua aku ler. Sebab murah dan orang-orang baik-baik belaka. Aku dah azam tak mahu ke Indonesia tahun ini sebab aku puas ke Indonesia tapi tarikannya buat aku kembali semula..huhuhuhu.
Sambungan: BARU DAPAT INTINERI TADI
Pekej 3d 2N airport Silangit - lake Toba Berastagi -parapat
Day 1
Airpot Silangit - lake Toba Prapat
➡Setiba di airport driver/guide menunggu Di depan pintu herbage ke datangan
➡menara pandang tele
➡air terjun efrata
➡Bukit holbung/teletabis
➡Pantai pasir putih parbaba
➡makan malam
➡check in hotel Di kawasan pulau samosir /lake Toba
Day 2
➡Lake toba-berastagi- medan
➡breakfats
➡check out
➡ kita akan pergi ke pelabuhan naik kapal fery menuju Kawasan
bukit simarjarunjung,yaitu kawasan yg paling tinggi di tasek Toba,dan kita boleh menikmati pemandangan sambil -berfoto/gambar -pohon,basikal awan,buayan away dll ,tak termasuk pakej (Bayar sendiri) .
➡Perjalanan di teruskan dan kita akan singgah di air terjun sipiso2,dari situ kita bole tengok penghujung tasek Toba,dan melihat ke tajaman air terjun yg tingginya 120M
➡singgah di pasar buah berastagi disitu kita bole membeli buah2 segar,makan jagung bakar,naik kuda(kena bayar sendiri)
➡pergi ke bukit gundaling tempat yang paling tinggi di kawasan Berastagi ,dari situ kita bole tengok gunung berapi Sinabung yang masih aktif dari kejauhan
➡perjalan di teruskan bandar parapat
Day 3
➡Breakfast
➡check out
➡ kita akan terus pergi
ke airpot silangit untuk mengantarkan tamu pulang ke negaranya masing masing dengan lama perjalanan lebih kurang 2 jam
Tour berakhir..
Masa bisa berubah sesuai dengan ke adaan/situasi nya
Hotel yang disediakan ialah:
Hotel JTS
Hotel Atsari