PEMANDU MUSLIM MEDAN PAK AMIR - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Ahad, 8 Mac 2020

PEMANDU MUSLIM MEDAN PAK AMIR

PEMANDU MUSLIM MEDAN PAK AMIR
Gambar diambil pada tahun 2019 Maret
PEMANDU MUSLIM MEDAN PAK AMIR
Gambar diambil pada tahun 2020 Maret. Pak Amir bersama staffnya Mus seorang fotografer

Artikel ini diupdated semula pada March 2020

Aku ke Medan dua kali bersama Pak Amir ini Perjalanan kami selama 4H3M 2019 dan 3H2M 2020 dibawa oleh Pak Amir yang merupakan anak jati Medan. Panggilan mesra atau pena Amir tapi di FB/Insta dengan nama JEWERLY TRIP (syarikat travel beliau)
Pak Amir ni merupakan pemandu pelancong yang kami rasakan yang terbaik. Kenapa aku terbaik kerana ia melayani karenah kami sepanjang dua kali kami di Medan.
PEMANDU MUSLIM MEDAN PAK AMIR
Gambar Bersama Rakan di Gunung Gundaling 2019

Karenah 4H3M 2019 Medan
Karenah pertama melayan rakan kami nak makan durian. Dibawanya kami pergi ke kedai menjual durian dan kami makan di sana.

Karenah kedua rakan kami nak beli Keropok Belunji. Ia sanggup berhenti di pasar dan carikan kedai yang menjual keropok Belunji ini.

Karenah ketiga rakan kami nak tempah baju kot. Dia carikan tempat yang membuat kot tapi semua kedai tak mampu buat bawah 2 hari. Tapi apa yang aku katakan ialah ia akan usahakan permintaan anda.

Ini adalah kerja tambahan yang perlu beliau lakukan atas permintaan kami. Sebenarnya banyak lagi permintaan kami. ..hehehe.

PEMANDU MUSLIM MEDAN PAK AMIR
Gambar Bersama Isteri dan adik di Bukit Hublong 2020

Karenah 3H2M 2019 Medan
Melayan karenah isteri dan adik ipar saya dan mereka semua amat berpuas hati dengan perkhidmatan Pak Amir ini.

Isteri mahu membeli ole-ole dibawanya kami ke Pasar Buah serta Air Terjun SiPiso-Piso.
Adik mahu menaiki sepeda kabel, walaupun dah lewat, Pak Amir bawa juga kami kesana dan kami tiba di hotel pada pukul 8.30malam..13 jam kami melancong pada hari tersebut..!!! Pak Amir masih senyum..hahahaha.

Belum lagi layanan tempat pelancongan sepanjang masa kami berada di sana. Sentiasa memastikan kami dalam keadaan terjaga.
PEMANDU MUSLIM MEDAN PAK AMIR

KELEBIHAN  travel agensi Pak Amir ini iaitu Jewerly Travel ini ia menyediakan fotografer jika anda mahu. Anda tidak perlu susah-susah nak ambil gambar, biar sahaja fotografer yang profesional ambilkan untuk anda sepanjang masa anda disana.
PEMANDU MUSLIM MEDAN PAK AMIR
Gambar yang diambil oleh  fotografer beliau semasa di Air Terjun Efrata.

Setakat ni aku melancong, sentiasa bertuah mendapat pemandu pelancong yang baik samada  di Bali, Vietnam atau Lombok atau Hatyai. Dan kini di Medan.

PEMANDU MUSLIM MEDAN PAK AMIR


Aku rekemenkan anda pemandu Muslim Medan Pak Amir aka Mhd Soleh. Anda boleh lihat maklumat di FB beliau yang mempunyai video serta maklumat pelancongan.
KLIK KE SINI KE FB JEWELRY TRIP TRAVEL

PEMANDU MUSLIM MEDAN PAK AMIR

Selain itu anda boleh melihat maklumat beliau di Instagram.
Jika anda berpuas hati melihat maklumat pelancongan beliau di FB atau Insta. Anda boleh what apps secara peribadi kepada beliau untuk meminta intineri yang cocok dengan anda.

No telefon Pak Amir ini ialah +6287749333233
Di bahagian bawah sebelah kanan artikel ni terdapat logo floating what apps...anda klik sahaja untuk what apps secara direct ke Pak Amir.

Saya amat rekemenkan anda untuk mengambil Pak Amir sebagai pemandu pelancong peribadi anda. Apabila kita melancong, pertama kita mahukan keselamatan kita terjaga. Kedua kita mahukan segala keperluan kita dipenuhi. Dan ketiga memastikan kita gembira.


FULL INTINERI MELANCONG KE MEDAN 4H3M

FULL INTINERI MELANCONG KE DANAU TOBA 3H2M 

 
Jangan risau beliau adalah travel agent yang bertauliah dan berdaftar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan