Persiapan Melancong Ke Hatyai 2 Hari 1 Malam - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Ads

Tuesday, August 28, 2018

Persiapan Melancong Ke Hatyai 2 Hari 1 Malam

Persiapan Melancong Ke Hatyai 2 Hari 1 Malam

Pada esok hari aku dan 2 rakan lain akan ke Hatyai Thailand selama 2 hari 1 malam menggunakan kereta dari Melaka. Perancangan gila dari rakan seorang ini tiba-tiba nak pergi melancong ke Hatyai. sebagai rakan mahu tak mahu terpaksa layan juga ler.

Walau pun kami melancong 2 hari 1 malam di Hatyai namun perancangan perlulah rapi agar kami tidak membuang masa semasa di sana.  Kami mempunyai 3 orang dan kami pecahkan kepada kerja.

Persiapan Melancong Ke Hatyai 2 Hari 1 Malam
Persiapan pertama diserah kepada mamat yang ajak iaitu penyediaan kereta dan dokumen untuk masuk Thailand nanti. Agak mudah iaitu perlu sediakan insuran kereta serta beberapa dokumen lain. Masa kat sana nanti leceh ler sebab dia yang kena uruskan sendiri..hehehehe.


Persiapan Melancong Ke Hatyai 2 Hari 1 Malam

Persiapan kedua ialah booking hotel. Mamat seorang ini pakar dalam budget atau aka kedekut. Memang sesuai kalau dia booking hotel yang baik dan murah. kami pilih The Smart Hotel Hat Yai.
Hotel dan pun selesai!!


Persiapan Melancong Ke Hatyai 2 Hari 1 Malam
Manakala aku pula diserah menyediakan interi untuk pelancongan Hatyai kali ini. Inilah kerja yang paling susah sekali sebab susunan perjalan haruslah betul dan tak jauh. Lalu aku gunakan Google Map dan save kat maps. siap semua intineri perjalanan kami nanti. Agak banyak tapi tak per, boleh kensel kalau tak mahu pergi.


Segalanya dah siap. Syukur alhamdulilah dan kami berdoa agar perjalanan kami semuanya selamat. Amin. Yang penting aku bersyukur, isteri aku benarkan aku ikut rakan-rakan aku pergi ke Hatyai.
Jangan takut , ayang abang nak amik gambar jer....hehehehe

No comments:

Post a Comment