Tasik Villa International Resort Port Dickson ( Review Panas) - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Ahad, 7 Ogos 2022

Tasik Villa International Resort Port Dickson ( Review Panas)

 

Tasik Villa International Resort Port Dickson

Salam semua, rasanya dah lama tak buat post tentang melancong di blog ini semenjak PKP hingga kini. Dan baru-baru ini pre-travel kami kali ini, kami telah pergi ke Tasik Villa International Resort Port Dickson, Negeri Sembilan.


Ini pun rekemen dari rakan yang telah pergi kesana. Tujuan utama kami memilih Tasik Villa International Resort Port Dickson ini kerana ia  menyediakan penginapan dengan pool dalam bilik ..hahahaha. Itu tujuan kami ke sana. Malas ler nak mandi kat swimming pool ramai orang kat sana.


Ini semua semenjak kami mula menjinakkan diri mengenali pool dalam bangunan di LEXIS HISBISCUS PORT DICKSON dan kalau nak cari hotel mesti nak cari yang ada pool, Terukkan...


Mula-mula kita mesti review bilik mereka kan. Kata ada pool mesti kena review dulu. Untuk bilik yang ada pool anda terpaksa memilih pakej bilik Family Villa.


Bagusnya Familly Villa ini dengan pool ialah anda boleh parking kereta betul-betul depan rumah penginapan anda. Maka senanglah nak turunkan barang yang bertan-tan di bonet kereta anda tu.

Tasik Villa International Resort Port Dickson
Tempat parking yang disediakan berhadapan rumah penginapan anda.

Manakala bahagian dalam rumah pula ialah adalah rumah 2 tingkat. Dibahagian bawah ialah ruang tamu dan dapur serta pool. Dan bahagian atas ialah bilik tidur.

Tasik Villa International Resort Port Dickson
POOL

Tasik Villa International Resort Port Dickson
DAPUR

Tasik Villa International Resort Port Dickson
TANGGA KE BILIK TIDUR

Tasik Villa International Resort Port Dickson
SALAH SATU BILIK TIDUR



Tasik Villa International Resort Port Dickson
TANDAS

Gambar yang saya tak ambil ialah terdapat satu lagi bilik tidur iaitu single bed ( 2 unit) dan bahagian bawah terdapat satu lagi tandas dan ruang tamu mereka.


JIka anda nak lihat video review bilik kami disini : VIDEO FAMILY VILLA


Kalau anda kata berapa review yang patut saya berikan ialah saya kasi 4/5 kerana kebersihan setiap bilik terjaga, pools yang agak besar serta peti ais pemanas semua berfungsi dengan baik. Puas hati ler beb!!!


Harga sewa ialah dalam RM580 semalam iaitu hari Sabtu dan bukan peak time. Dan juga sarapan percuma.


UNTUK KASI REVIEW 5/5 saya terpaksa tunjukkan pada anda bahagian lain di Tasik Villa International Resort Port Dickson ini.


Mula-mula sampai anda kena check in ler. Waktu check in pukul 0300pm tapi anda boleh datang awal sekitar 0200pm dan ambil kunci dalam 0230pm. 


Untuk check ini anda kena letak deposit RM200 sebagai syarat oleh hotel ini dan ia akan dipulangkan waktu check out.

Tasik Villa International Resort Port Dickson
Kawasan luar lobby ada swimming pool


Tasik Villa International Resort Port Dickson
LOBBY 

Tasik Villa International Resort Port Dickson
LOBBY 



Tasik Villa International Resort Port Dickson
TENGAH TUNGGU KUNCI BILIK 

Layanan yang diberikan oleh pekerja Tasik Villa International Resort Port Dickson amat mesra dan ini kekuatan mereka pada pandangan peribadi saya.

Lobby amat luas dan ada TV kalau anda nak tonton. Dan mereka juga ada pekhidmatan naik basikal, nak duck air dan event terbesar ialah naik cruise malam. Ini saya akan ceritakan kejap lagi..


Anda tidak akan bosan duduk di Tasik Villa International Resort Port Dickson kerana banyak aktiviti yang boleh anda lakukan. Dan kalau malas nak naik semua tu. Anda boleh jalan-jalan di sana. 


Tasik Villa International Resort Port Dickson HIDUP PADA WAKTU MALAM!!!


Dimana saya ceritakan ada cruise malam bawa keliling tasik kan. Kena bayar seorang RM15. 


Dan keistimewaan terbesar disana pada pendapat saya ialah Water Fountain  dia yang berwarna warni tepat pada pukul 0900pm ia akan dia akan dilancarkan.

Tasik Villa International Resort Port Dickson

Tasik Villa International Resort Port Dickson

Tasik Villa International Resort Port Dickson

Nampak tak suasana malam yang happening di Tasik Villa International Resort Port Dickson ini, Memang hidup sepanjang malam, nasib baik tak der disko jer..ahaks. Tapi kalau anda kalau nak karaoke ada disediakan. Open stage plak tu..


MAKANAN DI Tasik Villa International Resort Port Dickson  memang awesome. Seperti yang saya katakan, sarapan pagi adalah percuma dan ia di buat secara buffet. 


Saya boleh katakan buffet sarapan di Tasik Villa International Resort Port Dickson  rating 5/5 ler. Pelbagai makanan sarapan pagi dari buah-buahan, rori, roti canai, nasi , sup dan macam-macam lagi. Kenyang sampai tengah hari kami dibuatnya.

Tasik Villa International Resort Port Dickson

Nampak tak muka kebulur kami, tak tahu nak makan mana satu...hahhahaha.

Manakala MAKAN MALAM  pula anda kena bayar ler kalau anda nak makan di restoran  dalam Tasik Villa International Resort Port Dickson ini. 

Tasik Villa International Resort Port Dickson

Tasik Villa International Resort Port Dickson

Ia mempunyai restoran yang menyediakan pelbagai makanan tempatan dan omputih. Dan review saya tentang makanan mereka ialah 5/5 sebab mak mentua saya makan Nasi Goreng Kampung Spesial Edition habis...hehehehhehe.


Yalah, orang tua kan selalu komplen makanan yang tak serasi dengan citarasa mereka. Jika mak mentua saya makan habis dan nilaikan sedap. Saya rasa anda sedia maklum ler memang best ler tu.


Kesimpulannya ialah review terakhir saya ialah 5/5. Tasik Villa International Resort Port Dickson memang menepati penginapan untuk keluarga. Ada pools untuk anak-anak dan bapa mandi bersama, Untuk ibu-ibu lepak dan jalan-jalan serta makan,

Perfect place for family. Dan saya highly rekemen. KLIK SINI UNTUK KE WEBSITE MEREKA- KLIK SINI




Tiada ulasan:

Catat Ulasan