REVIEW LEXIS HISBISCUS PORT DICKSON

REVIEW LEXIS HISBISCUS PORT DICKSON




Selepas COVID-19 ni pelancongan admin hanya di dalam negara sahaja. Bagus juga kerajaan tak kasi rakyatnya melancong ke luar negeri, dapatlah rakyat Malaysia berbelanja dalam negeri dan gerakkan ekonomi
domestik kita.

Kali ni admin melancong ke Port Dickson. Untuk admin Port Dickson ini tempat kebiasaan admin melancong. Semua ceruk admin dah pergi.

Maka kami menginap satu malam di hotel 5 bintang Lexis Hibiscus. Nak rasa macam mana tinggal hotel lima bintang ni.

Admin bersama isteri dan 2 anak kami menginap di Premium Pool View Villa. Dimana keistimewaannya ialah terdapat swimming pool dalam bilik kami. Tak payah keluar-keluar dan lepak jer dalam bilik. Ngamkan.

Walau pun 5 bintang tapi nampak juga "worn  off" beberapa aset fizikal terutama di pool. Ya leee.. bilik kami terletak di tengah lautan dan wap  air masin bisa ekstrak beberapa aset kat sana.

Overall semuanya baik. Lupa nak beritahu selain swimming pool dalam bilik, ianya juga terletak di tengah lautan.

Kalau nak pergi ke bilik kami terpaksa nak buggy car sebab jauh gak. Dalam bilik pula, ada kaca transparent di lantai yang anda boleh lihat laut.

Hebatkan   
Dari segi penjagaan SOP Covid-19 memang cukup terjaga dengan kawalan yang ketat. Mereka memastikan penjarakan sosial diikuti dengan penuh.

Cuma satu sahaja yang admin nak komplen iaitu masa register ia memakan masa yang lama. Admin kena berdiri dalam 30 minit lebih untuk menunggu giliran. Depan admin hanya 2 orang sahaja tapi prosesnya cukup lambat. Menyebabkan admin masuk ke bilik pukul 4pm...rugi 1 jam.

Mungkin ramai orang so perbanyakkan ler kaunter untuk hari tersebut. Itu cadangan admin.

Masa nak keluar cukup cepat sebab ia ada kaunter check out express. Itu yang admin puji.

Staff dia pun ramah dan banyak membantu. Dari staff di kaunter check in hinggalah ke buggy driver.



 

Kemas dan cantik bilik kat sini. Malam pula anda boleh berjalan-jalan sekitar kawasan sana dan ada satu bangunan LighHouse yang penuh dengan cahaya. Nice ...





Lexis Hibiscus memang best kalau lepak. Tak perlu keluar bilik dan lepak dalam bilik jer.

Tapi harga satu malam boleh tahan, paling murah ialah RM800 hingga 1200 semalam untuk Premium Pool View Villa.





1 ulasan

  1. Ramai juga yang grab promosi hebat daripada derang ni ekkk ..
    Saya tak sampai lagi ke hotel ni. Pernah ke Grand Lexis je .... tu pun laamaaa dah ...