Aktiviti sebenar bermula pada hari kedua. Seawal pukul 0745 kami telah check out dari hotel selepas sarapan pagi.
Destinasi pertama kami ialah ke Pulau Samosir iaitu tempat tinggal kaum Batak. Untuk ke Pulau Samosir kami harus menaiki feri yang memakan masa selama 40 minit.
Semasa dalam feri kami dihiburkan oleh penyanyi yang mendendangkan lagu dari Malaysia dan Batak. Lepas dengau kena bayar ler. Jangan kau tak bayar plak, kasihan budak-budak ni menyanyi.
Setibanya kami ke Pulau Samosir. Kita akan melalui susunan kedai yang panjang menjual pelbagai barangan dari kain batik hinggalah ke keychain.
Kemudian kamu akan terus pergi ke lokasi rumah-rumah Batak. Kamu akan me dengar sedikit penerangan tentang budaya suku Batak serta sejarah raja-raja Batak.
Yang paling best, anda boleh menari tarian tradisional Batak tapi wqjib kena pakai selempang dan setanjak.
Aku dan rakan sebaya apalagi terus mencuba tapi bila lihat video tarian kami. Memang teruk giler tapi fun..hahahaha.
Kemudian kami pergi ke makam raja-raja Batak dan diberi penerangan tentang raja Batak pertama dan kedua.
Selepas penerangan tersebut maka tamatlah aktiviti di Pulau Samosir selama 1.5jam.
Aktiviti kedua kami kemudian ialah ke Dolok Simarjarunjung iaitu lokasi popular menaiki basikal atau sepeda kabel. Untuk pengetahuan kami tidak naik kerana tak yakin dengan kabel tersebut..hehehehe.
Tapi sebelum kami singgah dahulu ke Batu Lihi Star untuk minum kopi asli Batak. Aku rasa tak kick pun mungkin sebab aku dah terpengaruh dengan kopi Vietnam kot.
Tapi di Batu Lihi Star juga ada kawasan selfie yang menarik dan kami semua beraksi foto disana. Nice place Batu Lihi Star.
Setelah itu kami pergi ke lokasi lain iaitu melihat Air Terjun Sipiso-Piso yang cantik sangat. Tapi masa kami pergi kesana hujan renyai-renyai. Demi sekeping gambar dan sudah tiba disana kami layan ambil gambar juga.
Kemudian kami meneruskan perjalanan melihat ladang limau untuk petik sendiri tapi limau tak der yang boleh dipetik sebab musim dah habis..hawau tuiii..
So kami bergambar depan pokok limau yang tengah berbuah tapi belum masak ler...hihihi. Kasihan kami kan..
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Bristagi iaitu ke hotel kami. Bristagi adalah sebuah kawasan tanah tinggi dengan ketinggian 1200kaki dan esok baru bermula aktiviti kami.
Kami menginap di hotel Green Garden Resto dan ia sebuah hotel yang kemas juga.
Malam tu kami keluar makan dan lepas tu tidur ler. Penat siut dari pagi sampai petang.