HOTEL GRAND ANTARES MEDAN

HOTEL GRAND ANTARES MEDAN
HOTEL GRAND ANTARES MEDAN
Penginapan terakhir kami ialah di Medan di Hotel Grand Antares Indonesia yang terletak di tengah-tengah kota Medan.

Hotel Grand Antares Indonesia ini 4 bintang dari booking web page. Perkara pertama yang aku lihat biliknya agak kecil berbanding 2 hotel lain yang kami tinggal. Jika ditambah dengan katil tambahan, memang sempit.

Persepsi pertama aku tentang hotel ini ialah TV tidak berfungsi. Terpaksa beritahu pada pihak hotel memeriksanya dan akhirnya berjaya. Tapi sekali lagi yang aku katakan, persepsi pertama dah buat aku memberi komen yang kurang enak.

Bellboy hotel ini agak lembab, masa kami hendak menuju ke hotel. Bellboy tiada dan kami angkat sendiri beg. Walaupun beg tak berat tapi sebagai hotel yang berprestij, benda macam ni tak boleh dipandang enteng.

Selain itu semua perkhidmatan seperti air minuman dan mandi air panas berfungsi dengan baik. Malah kami juga meminta bantal tambahan dengan cepat kami dibantu.

Masalah TV juga cepat mereka datang dan uruskan. Kami tak perlu menunggu lama untuk pihak teknikal mereka datang membantu.
HOTEL GRAND ANTARES MEDAN

HOTEL GRAND ANTARES MEDAN


HOTEL GRAND ANTARES MEDAN


HOTEL GRAND ANTARES MEDAN





Catat Ulasan