7 LAMAN WEB PROMOSI HOMESTAY ANDA

Dalam artikel kali ini, kami nak dedahkan pada anda 7 laman web yang boleh memberikan alternatif kepada anda, pemilik homestay, untuk mempromosikan ho

 Assalamualaikum & salam hormat 😊


Terima kasih kerana berminat. Dalam artikel kali ini, kami nak dedahkan pada anda 7 laman web yang boleh memberikan alternatif kepada anda, pemilik homestayhomestay, untuk mempromosikan homestay anda secara online.

Sebenarnya, selain AirBnb, ada banyak lagi laman web yang boleh membantu anda untuk menyewakan rumah yang anda miliki sebagai penginapan homestay.

Jom semak senarai di bawah! Ada 7 website kesemuanya.

Apa ada di Homestay Bonda Banda Hilir Melaka.- KLIK SINI atau what apps kami DISINI



1. Booking.com

Booking.com dimiliki dan dikendalikan oleh kumpulan Priceline, perintis tempahan penginapan secara online dunia. Lebih 1,000,000 penginapan disediakan dalam Booking.com setiap hari. Tiada yuran pendaftaran dikenakan dan anda disediakan dengan bantuan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dalam pelbagai pilihan bahasa. Jadi, dengan mudah anda boleh senaraikan homestay anda. Untuk mendaftar di Booking.com, klik di sini!





2. Hostel Hunting.com

Hostel Hunting adalah pasaran dalam talian untuk penginapan pelajar, dan merupakan yang pertama seumpamanya. Laman web ini diterajui oleh Loke Weng Leong, Keek Wen Khai (lebih dikenali sebagai Khai), Joey Lim dan Marcus Low. Ia kini merupakan cara terpantas dan paling mudah untuk mencari dan menempah bilik pelajar.

Menyediakan beribu-ribu bilik yang mendapat pengesahan dari pemilik/pengendali asrama dan institusi pendidikan, laman web ini sangat berguna untuk anda yang memiliki rumah berhampiran universiti atau kolej, dan membuka sewaan untuk pelajar.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian, kerana menurut laporan, pihak Hostel Hunting tidak terlibat dalam perjanjian penyewaan. Ini bermakna, anda dan penyewa perlu membuat pengaturan dalam perjanjian dengan sendiri.



3. Rental by Tripadvisor

Laman web ini telah dikuasakan oleh TripAdvisor.Inc. Perkhidmatan penyewaan  melalui TripAdvisor dapat membantu anda mendapatkan pendedahan kepada lebih dari 350 juta pelancong sebulan. Anda perlu membayar komisen tempahan sebanyak 3% (tidak termasuk nilai tambah cukai) dari kos sewa yang telah anda tetapkan pada akaun anda.

Ia adalah antara yang termudah. Anda hanya perlu menyenaraikan rumah anda dan apabila tetamu anda tiba, anda akan menerima bayaran dari syarikat dalam tempoh 24 jam kemudian.



4. VRBO from HomeAway

VRBO boleh menawarkan pendedahan kepada lebih daripada 44 juta pelancong setiap bulan melalui rangkaian antarabangsanya yang merangkumi 25 tapak di seluruh dunia. 

Laman web ini menawarkan servis yang cukup menarik, kerana ruang sewa anda tidak terhad kepada rumah sahaja untuk disenaraikan di VRBO. Mengikut laman webnya, mereka juga menerima sewaan bentuk lain seperti bot, kabin, istana dan apa sahaja yang ingin disewa pelancong semasa percutian mereka.

5. DurianProperty

Durian Property ini adalah laman web tempatan yang popular untuk hartanah. Anda boleh menghantar iklan homestay anda di laman web ini secara percuma. Selain itu, laman web ini juga boleh anda gunakan untuk meneroka rangkaian ejen hartanah dan pemaju. Ia juga sebenarnya boleh di manfaatkan oleh penduduk setempat bagi mencari rumah untuk disewa.



6. iBilik

Berikut adalah satu lagi laman web tempatan yang menawarkan pendedahan kepada sebahagian besar pasaran di Malaysia. Selepas anda menyenaraikan rumah anda, permohonan anda akan diluluskan dalam tempoh dua hari bekerja.

Kemudian, pasukan iBilik.my akan mengambil alih semuanya termasuklah pengendalian promosi, tempahan dalam talian, dan pengumpulan pembayaran rumah/homestay anda. Anda hanya perlu duduk dan menunggu ketibaan tetamu sahaja. Itu sahaja  langkah yang anda perlu buat untuk menyenaraikan homestay anda sebagai sewaan penginapan jangka pendek di iBilik ni.



Apa ada di Homestay Bonda Banda Hilir Melaka.- KLIK SINI atau what apps kami DISINI


7. Homestay.com

Homestay.com adalah pasaran penginapan yang direka untuk menyambungkan tetamu ke tuan rumah tempatan di lebih 150 buah negara, dan Malaysia adalah salah satu negara yang tersenarai. Salah satu ciri uniknya ialah alat berbual video laman web yang membolehkan tetamu dan tuan rumah berkomunikasi walaupun sebelum membuat tempahan.

Dengan membuat akaun dan melengkapkan profil anda dengan seberapa banyak maklumat yang mungkin, anda akan dapat berjumpa pengembara dari seluruh dunia sambil mendapatkan pendapatan tambahan! Jangan lupa untuk meletakkan rumah atau homestay anda dengan keadaan terbaik untuk mendapatkan kadar terbaik di pasaran dengan jumlah wang yang cukup lumayan!

Baiklah. Kami dah kongsikan 7 laman web yang anda boleh pilih untuk senaraikan dan promosikan homestay anda secara online, selain dari website AirBnb.

Sekarang ni apa yang anda perlu lakukan adalah buat research, research dan research untuk kenalpasti laman web yang sesuai dengan citarasa dan matlamat anda.

Catat Ulasan