KAWAH PUTIH BANDUNG

KAWAH PUTIH BANDUNG

KAWAH PUTIH BANDUNG
Hari ketiga kami menghabiskan masa di Kawah Putih yang mengambil masa 2.5jam dari tempat kami ke kawasn Kawah Putih.

Kawah Putih adalah sebuah kawasan gunung berapi yang masih aktif tetapi boleh dilawati oleh semua pelancong 

Ia terdiri dari tasik yang besar dan dikelilingi oleh bukit. Sekitar kawasannya penuh dengan belerang kuning.

Tempat yang menarik mengambil gambar kerana tanah yang kuning serta tasik air. Memang cantik jika kena anglenya.

Kalau ke sana, dinasihatkan memakai face mask yang disediakan oleh pihak pengurusan Kawah Putih. Memang cukup kuat bau belerang disana dan jika anda asma jangan lama-lama di sana yek.


KAWAH PUTIH BANDUNG

Selain itu terdapat jambatan untuk mengambil gambar kawasan tersebut tapi kena bayar  RM10K . Jambatan ini diperbuat dari buluh tapi jangan risau ianya kukuh. Aku tak larat nak jalan dan kami hanya jalan separuh sahaja.

Jom lihat gambar yang kami ambil. Memang menarik dan jika anda ke Bandung tapi tidak melawat Kawah Putih maka tidak lengkaplah perjalanan anda.

Tiket untuk masuk ke Kawah Putih seorang RP75K dan jika anda suruh pemandu anda naik ke atas anda kena bayar RP150K.


KAWAH PUTIH BANDUNG


KAWAH PUTIH BANDUNG

KAWAH PUTIH BANDUNG

KAWAH PUTIH BANDUNG



Catat Ulasan