HATTEN HOTEL MELAKA


Hari ini kami lepak di hotel di bandar kelahiran kami Melaka sebab orang rumah ada jamuan kat hotel ni. So ambil kesempatan tidur dihotel ni.

Kadar bayaran untuk 2 single bed ialah RM250 semalam. Harga yang baik untuk hotel 4 bintang. Kira murah jugak kira harga hotel kat tengah bandar Melaka ni.

Hatten Hotel sememangnya wajar kau amik sebab ia terletak ditengah-tengah pusat pelancangon Melaka. Kau turun jer dari lobby, kau mula berjalan untuk melawat muzium serta bangunan merah, dah habis satu hari.

Kau turun jer dari lobby nak shopping dan terdapat 2 Mall terbesar kiri dan kanan iaitu Mahkota Mall dan Dataran Pahlawan. Kalau kau turun di tingkat 3, ada jambatan yang berhubung dengan Dataran Pahlawan Mall. Itu pun sah habis satu hari.

Malam pula ada Uptown Melaka yang menjual pelbagai barangan. Santai malam boleh pusing-pusing kat sana.

Memang strategik kalau kau ambil penginapan di Hatten Hotel ni.  Aku belum cerita berdekatan hotel ni ada kapal, boat itik dan lain-lain.

Bilik hotel ni pin besar dan ada ruang tamu lagi. Itu kelainan yang aku lihat menarik. Sebagai hotel 4 bintang semua kelengkapan mandi disediakan. So tak yah bawa berus gigi kau..hahahaha.

Jom lihat bilik hotel dia.









Catat Ulasan