MELANCONG KE MANILA DAN TAGAYTAY FILIPINA - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Ahad, 25 Ogos 2019

MELANCONG KE MANILA DAN TAGAYTAY FILIPINA

MELANCONG KE MANILA DAN TAGAYTAY FILIPINA


HARI PERTAMA DI MANILA
Sebenarnya aku tidak melancong tetapi ada urusan kerja di Filipina iaitu di Santa Rosa. Aku dan rakan aku mengambil kesempatan melancong sekitar kawasan Santa Rosa pada hari Sabtu dan Ahad.
Dan kami bernasib baik kerana Manila dan Tahatay berdekatan dengan Santa Rosa.

Ini kali pertama aku ke Filipina dan pengetahuan aku kebudayaan negara ini agak kurang. Pada hari Sabtu kami telah menempah kereta sewa dengan pemandu membawa kami berjalan ke Manila sebab kami nak membeli ole-ole untuk rakan sekerja kami.

Memang mahal kena caj untuk sehari iaitu P6500 lebih kurang RM520. Kami berdua kongsi membayar sewa kereta tersebut dan kami tahu kami kena tipu ..hehehehehhe. Tapi no choice kerana kami kena keluar alang-alang berada di negara orang kan. Kalau tak bila lagi kami nak merasa jalan-jalan percuma ke sini.

MELANCONG KE MANILA DAN TAGAYTAY FILIPINA

Tempat pertama kami pergi Greenhill Shopping Centre terletak di San Juan. Mengambil masa 1 jam ke sana tetapi kami agak lewat kerana kesesakan melampau di jalanraya Filipina terutama apabila melalui Edza hingga ke San Juan. Kami mengambil masa selama 2 jam baru sampi ke Green Hill.

Green Hill ialah syurga membeli  belah di Filipina terutama kalau anda berminat dengan mutira, memang cukup banyak dijual di sini dengan harga yang amat berpatutan. Anda kena tawar menawar dengan pemilik kedai kalau mahukan harga yang baik.

Selain itu di Green Hill menjual baju, souvenior, kasut, jam dan pelbagai barangan lain. Kalau kasut dan jam tu memang sebijik macam original ler, kalau aku beli yang mahal pun siapa nak percaya kan. Takkan Hanif mampu beli jam harga RM10,000. Kalau beli original pun orang masih lagi tak percaya..hehehehehe.





MELANCONG KE MANILA DAN TAGAYTAY FILIPINA

Selepas kami membeli belah untuk ole-ole orang Melaka, kami menuju ke Manila pula. Perjalanan ke Manila sebenarnya mengambil masa 40 minit tetapi sekali lagi kesesakan yang teruk kami sampai ke National Museum Fine and Art  dalam 2 jam..

National Museum Fine and Art merupakan galeri seni oleh pengiat seni Filipina termasuk seni lukisan, seni kayu, seni batu dan sebagainya. Banyak seni yang mengagumkan di Muzium Seni ini.

Kemudian selepas itu kami hendak pergi ke Fort Santiago tapi hujan pula. Sekarang ini musim hujan di Filipina dan disebabkan hujan kami pergi satu lagi muzium iiatu Natial Museum Of Natural History.
MELANCONG KE MANILA DAN TAGAYTAY FILIPINA

Ia adalah muzium tentang alam sekitar dan juga tentang gunung berapi tapi kami lepak sekejap sahaja sebab dan tak tahan tengok muzium lagi..hehehehe. Kemudian selepas itu kami pergi ke Mall Of Asia yang memakan masa 1 jam juga sebab kesesakan jalan raya.. Dah sampai ke Mall Of Asia nak perking pun satu hal. Makan masa 1 jam tapi kami tinggalkan drebar kami dan kami jalan kaki ke sana.

MELANCONG KE MANILA DAN TAGAYTAY FILIPINA

MELANCONG KE MANILA DAN TAGAYTAY FILIPINA

Mall Of Asia merupakan  pasaraya terbesar di Asia yang aku lihat mempunyai 4 bangunan yang sangat besar dan kalau kau nak habiskan masa merayau kat sana tak habis satu hari. Boleh bayangkan betapa besarnya bangunan ini.

Selepas itu kami berjalan kaki ke Manila Bay sebuah kawasan pelabuhan untuk kapal-kapal dan juga terdaoat mainan serta tempat lepak disana. NIce place untuk lepak dan kemudian kami pun balik ke hotel. Tamatlah kisah hari pertama.


HARI KEDUA DI TAGAYTAY

MELANCONG KE MANILA DAN TAGAYTAY FILIPINA


Hari kedua kami pergi ke Tagaytay iaitu kawasan tanah tinggi macam Cameron Highland.  Kami di bawa oleh rakan sekerja kami ke sana.

Nasib baik kami ke sana kerana  kawasan sana sangat cantik dan sejuk. Tempat pertama kami pergi  ke People Work iiatu tempat lepak lihat pemandangan dari bukit. Secara peribadi tak ler lawa sangat tapi boleh ler. Di kawasan People Walk Tagaytay ini ada jual ole-ole dan lebih murah dari Green Hill. Kami borong lagi ole-ole dari sana, Rugi pula rasa semalam beli ole-ole di Green Hills.

MELANCONG KE MANILA DAN TAGAYTAY FILIPINA

Setelah itu kami pergi ke Caleruega iaitu sebuah bangunan Gereja tua yang lama. Agak cantik design bangunan tersebut dan ia berunsur binaan Sepanyol.

Kami hanya pergi 2 tempat sahaja pada hari kedua kerana sekali lagi kesesakan jalanraya menjadi penghalang kami.  Bayangkan kami nak balik ke Santa Rosa dari Tagaytay mengambil masa 4 jam. Keluar dari pukul 8.30am dan balik ke hotel pukul 5.30pm..

Tapi kami sempat minum di Starbuck sebab tak der makanan halal di Tagaytay. Selain itu kami makan Baku Cake iaitu kuih kelapa makanan tradisional Filipna. Sedap juga makanan tersebut.


Lain-lain

Hotel Seda Nuvali  Santa Rosa - klik

Kesesakan jalanraya di Filipina amat teruk sekali terutama di Manila. Kami mengambil  masa 1 jam hanya untuk mencari parking kereta. Pendek kata jika jauh kawasan tersebut 20km bersamaan 1jam. Itulah kadar kesesakan yang perlu anda alami jika ke Filipina.

Anda akan membuang masa di jalanraya sahaja, Oleh itu kalau hendak melancong ke Filipina, ambil cuti lama sedikit sebab 60% perjalanan anda adalah di jalan raya. Belum lagi kira jarak jauh dari satu tempat ke satu tempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan