Pada bulan August ini, aku dan rakan aku kena pergi ke Filipina selama 10 hari untuk latihan perindustrian selama 10 hari dan selama itu kami duduk di hotel berdekatan kilang kami iaitu Seda Nuvali yang terletak di Santa Rosa.
Santa Rosa ini mempunyai kedudukan yang strategik kerana ia tidak jauh dari Manila iaitu lebih kurang 2 jam. Tidak jauh dari kawasan pelancong Bageo (4 jam) dan Tagaytay ( 1 jam) . Kawasan yang amat strategik dan ia juag berdekatan dengan mall.
Seda Nuvali ialah hotel 4 bintang dan sehingga hari ini aku sudah menginap selama 6 hari dan setakat ini layanan mereka amat baik. Bilik mereka juga mat kemas dan ia memberi beberapa minuman bancuhan panas serta air pemanas. selain itu setiap hari ia memberi 2 botol air mineral. Ia juga mempunai peti ais mini.
Manakala bilik mandi mereka berikan shampoo, bath gel, berus gigi beserta ubat gigi dan vanity kit yang diberikan setiap hari, Aku kebas jer berus gig mereka setiap hari sebab kalau aku nak melancong tak payah nak beli berus gigi lagi...hahahaha. Teruk aku inikan.
Aku mengambil deluxe room dengan harga P3500 semalam ( RM280), yang meyediakan meja tulis yang memudahkan aku buat repot selepas balik training. Katil deluxe yang cukup besar untuk aku terbaring....hehehehe. Pendek kata keadaan bilik ini bersih dan baik.
Seda Nuvali juga menyediakan perkhidmatan shuttle bus yang boleh menghantar anda ke tempat yang anda mahu dan ambil anda dari lapangan terbang pergi dan balik secara percuma.