Hari terakhir kami Surabaya bermula bangun seawal 6am dan pergi sarapan di hotel Aria.
Kemudian kami check out dan menuju ke van kami yang setia menunggu. Dan hari ini adalah hari yang bertuah buat kami juga sebab 17hb August adalah hari kemerdekaan Indonesia. Dapat melihat persiapan kemerdekaan Indonesia. Satu bonus untuk kami.
Sebelum pulang kami singgah di Kampung Warna Warni iaitu sebuah kamping yang dicat berwarna warni.
Kami juga sempat beli keychain di kampung warna warni. Walaupun ia kampung yang mempunyai orang yang tinggal namun susunan melancong dalam kampung tersebut tersusun
Kemudian selepas ronda-ronda di Kampung Warna Warni kami menuju pulang ke airport tapi sebelum tu kami nak beli ole-ole. Drebar hantau kami ke kedai ole-ole berdekatan lapangan terbang. Aku sempat beli magnet Surabaya.
Selepas itu kami makan di Warung Umar dan makan-makanan biasa ajer. Dia ada jual bebek atau itik tapi aku takut nak makan ler. Buat sakit perit kang susah pula.
Setelah itu kami pergi ke lapangan terbang dan lepak sehingga flight ke Malaysia.
Percutian kali ini ke Surabaya memang terbaik dan menarik.