MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Khamis, 27 Disember 2018

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M


MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M

Pergi sekali lagi ke Hatyai. Tempoh hari aku pergi dengan rakan-rakan dalam masa 2H1M.
Dan kini aku pergi lagi dengan jangkamasa 2H 2M.  Dimana kami petang kami bergerak ke Danok dan bermalam disana kerana mahu elakkan jammed di imigresen. Pernah berlaku pada aku bersama rakan, 3 jam sangkut kat imigresen dan dapat jalan sikit sahaja.

Kali ni juga aku mengambil pemandu pelancong Taiping ke Hatyai dengan harga RM280 satu kepala. Aku ambil dari Taiping sebab aku memandu dari Melaka ke Taiping rumah kakak aku.

Aku ,wife, mak mentua dan anak aku bergerak dari Melaka pukul 4am dan tiba Taiping pukul 1pm sebab jalan jammed dan macam biasa repair jalan ler..



Sabtu 22dec 2018: -
Bertolak jam 5.30ptg
🔹Dannok 
🔹Check in hotel - Petical Hotel ( ini tambahan duit)
🔹Dinner - Makan Daging Bakar

Sampai Taiping lepak jap dan pukul 5.30pm pemandu kami bernama Azuan sampai dan kami pun bergerak ke Danok. Kami sampai ke Danok dalam pukul 9.30pm dan urusan imigresen selama 30 min. Tak ramai orang sangat, nasib baik.

Kemudian kami cari hotel bedekatan dan berjaya mencari hotel bernam Petical Hotel. Murah jugak dalam RM80 semalam dan biliknya juga besar. Kemudian kami makan daging bakar iaitu makanan istimewa Danok.

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M
Makan Daging Bakar Di Danok

Kesokkan pagi kami bergerak dari hotel dalam pukul 7.00am dan sebelum itu kami sarapan dahulu sementara kami menunggu pemandu pelancong Thailand. Menurut pemandu kami sekarang ini wajib setiap kali kenderaan pelancong Malaysia yang mahu ke Thailand wajib ambil pemandu pelancong Thailand. 

Semasa sedang sarapan pemandu pelancong kami namanya Aida tiba dan kami bergerak tempat pertama seperti jadual di bawah.


Tempat pertama kami pergi ialah ke KAYSORN iaitu sebuah kedai kecil menjual pakaian, Kedai tu memang kecil tetapi semua bas berhenti kat kedai ini. Punyalah sesak nak masuk kat dalam. Aku naik lemas tapi sempat beli 4 helai baju warna dan bentuk sama untuk dipakai bersama esok..hehehehe

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M
kedai Kaysorn yang kecil dan padat dan popular

Selepas itu kami ke Renu Kacang tempat pembuat dan penjual kacang. Pehhhh!!! sama macam kat Kaysorn lagi padat dengan manusia. Tapi aku sempat beli beberapa jenis kacang yang dijual dengan mencilok line...hehehehhe. Renu Kacang ini adalah sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis kacang yang tak dapat di malaysia. namun kami tak dapat beli beberapa kacang pilihan kerana dah habis atau penuh sangat dengan manusia...

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M
Nora Plaza

Selepas itu kami pergi Nora Plaza iaitu sebuah pasar raya yang menjual pelbagai cenderahati dan jual bag-bag serta barangan lain. Kami hanya membeli keychain sahaja untuk rakan sekerja dan yang lain-lainkami tak beli sebab kualiti barangan tak begitu baik berbanding di Vietnam...hehehehe.

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M
Big Bee Farm


Selepas itu kami pergi ke Big Bee Farm iaitu menjual madu lebah. Semua negara yang kami pergi mesti jual madu lebah sampai aku dah tak percaya dengan madu lebah lagi...hahahaha.  Yang bezanya kat Hatyai ini ia ada tempat penerangan dalam bilik bagaimana madu ini dibuat dan peneranagn produk mereka.

Selepas itu kami dirancang di bawa makan sebuah kedai makan viral Kai Tod Decha tapi tak boleh masuk kerana terlalu penuh sangat so kami ke tempat makan lain iaitu DeHatyai.

Kemudian kami pulang ke hotel dan mandi, Kami diberi masa 1 jam untuk bersiap. Dalam pukul 2.30pm kami bergerak meninggalkan hotel dan pergi ke destinasi yang seterusnya iaitu Museum 3d Hatyai.

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M
Museum 3D Hatyai

Bayaran masuk ke Museum 3D ini ialah 400 bath seorang. Kelbihan museum ini ialah ia da magic show oleh beberapa orang ahli silap mata dan kemudian setelah selesai magic show tersebut kami pergi mengambil gambar 3D.

Apa yang boleh aku katakan, kalau boleh jangan masuk ke museum 3D ini kerana harga bayaran dengan aktiviti tak berbaloi. Gambar 3D yang ada kat sana punyalah sedikit sahaja, kalau nak banding dengan 3D di Port Dickson ialah 5 kali ganda banyaknya.
400 bath seorang lebih kurang RM35 inggit!!!
Tapi untuk anak-anak mereka memang suka ler....hahahaha


 
MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M
Floating market
 
Kemudian aktiviti yang ditunggu iaitu melawat ke Floating Market iaitu tempat menjual makanan di perahu. Perkara pertama yang aku boleh katakan masa mula sampai ialah kesesakan ke Floating Market. Musim cuti sekolah adalah waktu paling sesak di Hatyai, rata-ratanya semua orang Malaysia dari permulaan perjalanan hingga ke Floating Market.

Kami berjaya cari parking dan memulakan perjalanan ke perahu mencari makanan di sana. Mak aku tak larat nak jalan lagi dan aku jadi tukang antau makanan..hehehehe.
Selain itu di perahu,  di bahagian atas Floating Market juga ada kedai-kedai makanan dan jual ole-ole. Kalau nak makan yang pelik-pelik memang wajib kesini tapi risikonya ialah ribuan manusia lerr....

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M
Asian Night Market

Selepas habis jalan ke Floating Market kami pulang ke hotel kami iaitu TD Resident yang terletak berdekatan di Asian Night Market. Kami mandi-mandi dan malam tu aku dan bini serta anak-anak keluar sekejap ke Asian Night Market.

Pehh .punya ramai manusia kat sana. Kat Asian Night Market banyak menjual pakaian dan bahagian atas menjual makanan. Macam biasa aku tak dapat nak teroka semua kawasan kerana ia besar sangat dan padat dengan manusia dari Malaysia.

Kami bungkus makanan dan bawa pulang ke hotel. Dan lepas tu tidur sebab sok kul 0645
kena bangun awal.

Ahad 23dec 2018:
7am -  730pm
🔹Minum pagi
🔹Gerak ke Hatyai
🔹Museum 3d
🔹Ksorn
🔹Check in hotel
🔹Lunch @ kai tod decha - tak pergi dan makan di Chalet Hatyai
🔹Renu kacang
🔹Nora plaza
🔹Big bee farm
🔹Floating market Khlong Hae

7.30pm - 11.00pm
🔹Balik hotel
🔹Asean night market

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M
Dim Sum Chabura


Hari Kedua dan hari terakhir. Kami meneruskan aktiviti kami dengan bangun seawal 0600 dan meninggalkan hotel untuk check out.

Dalam pukul 0700 tempat pertama kami pergi ialah ke Dim Sum Chabura iaitu makanan Cina paling popular di Hatyai tapi halal ler. Bini dan anak aku memang suka sangat dengan Dim sum Chabura dan aku akui ianya memang sedap dan lain daripada yang lain.

Kami amat bernasib baik kerana masa tiba di sana tak der orang.. Sukanya hati kami memilih dengan tenang dan semasa kami sedang makan berduyun-duyun bas baru tiba ..fuhh lega sebab kami tiba awal.

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M
Elephant ride

Setelah makan kami bergegas pula ke aktiviti kegemaran anak aku iaiatu menaiki gajah. Kami tiba di Chang Puak Camp agak awal dan belum sesak lagi . Perkara pertama yang aku buat ialah beli tiket menaiki gajah yang bernilai 500 bath. Pada mulanya hanya beli tiket untuk anak tapi tak boleh tahan maka mak dan ayah pun beli..Pehh 2000 bath tuu...

Tapi sesekali apa salah kan...Memang best naik gajah sebab ia pengalaman pertama kami.

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M

Selepas itu kami meneruskan aktiviti kami ke Tang Kua Hill yang terletak berdekatan di Samila beach. Ianya merupakan sebuah bukit yang membolehkan kit amelihat kawasan bandar dan laut sekitar Songkla. kena naik lif kalau nak naik ke bukit tersebut.

Tak ler berapa cantik dari pemandangan bukit Tang Kua ini. Infrastruktur pun tak dijaga begitu baik, standard Malaysia ler tu..tak der maintenance...hehehe.

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M


Selepas itu kami singgah sekejap di struktur naga yang berdekatan di Samila Beach melihat patung naga yang menyembur air. cantik untuk ambil gambar di sana.

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M


Akhir sekali kami singgah di pantai samila dengan harapan nak ambil gambar apatung ikan duyung tapi ramai plak yang anak amik gambar. Malas pula aku nak beratur..hehehe

Anak aku amik kesempatan naik kuda ler.. jadi koboi Malaya..hahaha.
pantai Samila ini cantik sangat dengan keluasan pantai dan pasir yang jernih.

Setelah itu kami pun menuju pulang ke Danok dan tiba di Danok kami singgah sekejap di Pasar Borong Danok membeli beberapa barangan yang tak sempat kami beli.

Dalam pukul 8.00pm kami meninggalkan danok dan tiba di Taiping dalam pukul 1000pm.

Isnin 24dec 2018:

8am- 
🔹Breakfast dimsum
🔹Elephant ride
🔹Lunch @ chalatat beach
🔹Tan kuan hill
🔹Samila beach

6pm - 
🔹Bertolak balik dannok
🔹kedai borong dannok
🔹dinner @ dannok

9pm - 11.00pm
🔹Cop passport border dannok dan balik taiping

Kesimpulannya ialah perjalanan ke Hatyai memang cukup dalam masa 2H2M dengan syarat tidur awal di Danok untuk elakkan membuang masa di imigresen dan berehat dengan lengkap.

Aku jug amengucapkan terima kasih kepada pemandu pelancong kami Azuan yang cukup membantu kami dengan follow up memastikan semua perjalanan kami teratur.
Jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan Azuan anda boleh meneleponnya  012-5696214 tapi dari Perak, kedah atau Pulau Pinang.

MELANCONG KE HATYAI 2018 2H2M



Tiada ulasan:

Catat Ulasan