Sepanjang kami berada 5 hari dan malam di Ho Chi Minh Vietnam kami menggunakan khidmat pemandu pelancong muslim iaitu Encik Sufiyan.
Perkhidmatan yang diberikan amat puas hati. Setiap kali aku melancong, aku bertuah kerana mempunyai pemandu pelancong yang baik- baik dan ringan tulang.
Kali ini aku membawa mak aku dan mak aku memang sakit lutut. Van yang kami naiki agak tinggi, pekerja pemandu pelancong Sufiyan iaitu Muhammad memang rajin tolong mak aku.
Semasa di Mekong, barangan kami diambil oleh Muhammad dan semasa kami menaiki perahu. Muhammad menemani mak aku. Dan double tuah kerana pada masa di Mekong pemandu pelancong Mekong iaitu Siti pun menjaga mak aku.
Memang aku tak risau tentang mak aku sebab ditemani oleh Muhammad. Sama juga ketika kami berada di Chu Cho Tunnel, mak aku tak ikut. Muhammad menemani mak aku.
Selain itu ia juga fleksibel dalam ikuti rancangan kami. Memang senang kalau pakai personal tour guide. Mempunyai fleksibel tour guide dan aktiviti tidak bercampur dengan orang lain.
Aku rekemen sangat buat yang pertama kali pergi ke Vietnam gunakan pemandu pelancong kerana pengalaman pertama di Vietnam kalau anda tidak berhati- hati, potensi kena tipu memang cukup tinggi.
Dan aku rekemen anda gunakan perkhidmatan Sufiyan dan minta tour guide bernama Muhamad. Lupa pula, Muhammad ni fasih berbahasa Melayu so anda tidak kekok. Selesai masalah komunikasi.
Jika berminat ini no telepon Sufiyan aka boss si Muhammad.+841228098941
Baca : Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam