MEMBELI BELAH DI KAMPUNG MELAYU HO CHI MINH VIETNAM - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Selasa, 9 Oktober 2018

MEMBELI BELAH DI KAMPUNG MELAYU HO CHI MINH VIETNAM

MEMBELI BELAH DI KAMPUNG MELAYU VIETNAM
Kampung melayu iaitu jolokan untuk kawasan berdekatan Pasar Ben Thant yang terkenal juga.

Ia mendapat jolokan Kampung Melayu kerana ramai orang Malaysia yang menetap hotel di sini kerana banyak restoran halal.

Aku bukan nak cerita tentang makanan halal di Kampung Melayu tetapi Pasar Malam yang dibuka setiap hari disini. Ia dibuka seawal 5pm tetapi masa terbaik untuk kita membeli belah ialah pada pukul 7pm.

Pasar malam ni pada waktu siang adalah jalanraya yang sibuk. Pada waktu malam, penjaja memasang khemah dan kawasan ini berubah menjadi kawasan jualan.

Macam- macam barangan dijual disini. Kalau nak tudung atau telekung, tak perlu ke pasar malam Kampung Melayu. Anda boleh pergi ke kedai- kedai sepanjang kampung melayu yang menjual pelbagai tudung berjenama seperti Newlofa, duck, bokita atau Siti Khadijah.

MEMBELI BELAH DI KAMPUNG MELAYU VIETNAM
Manakala kalau di pasar malam ia menjual pelbagai barangan. Dari keychain hinggalah ke bag. Mereka menerima matawang Malaysia dan harganya memang mahal.

Anda MESTI tawar menawar hingga 70% minimum,  jika tidak anda membeli barangan tersebut dengan mahal. Sebagai contoh bini aku bi baju harganya RM65 dan tawar menawar hingga dapat RM40. Tapi anda boleh menawar lagi.

Berhati- hati dengan penipuan mereka. Sebagai contoh aku beli keychain. Dia jual 10 keping RM20. Kami tawar hingga RM10. Kami ingat kami dah berjaya kurangkan tetapi bila kami pergi kedai lain. Ia berharga RM5 untuk sepuluh keychain. Hawau tuii..

Kita tak dapat jangka harga di Vietnam sebab semua harga bila tawar macam murah tapi sebenarnya masih mahal...hahahaha.





Manakala kedai tudung di  Kampung Melayu kamu mesti tawar menawar juga. Pendek kata semua kena tawar menawar. Disini kamu boleh buat baju yang siap dalam masa satu hari. Bini aku buat sehelai dan kena bayaran RM80.

Selain itu di waktu malam ia juga ada menjual pelbagai makanan seperti pulut, kebab dan kopi vietnam. Itu semua kau kena rasa ler...

MEMBELI BELAH DI KAMPUNG MELAYU VIETNAM
Amaran aku pada anda semua, kalau anda tak boleh kawal perasaan maka habislah duit anda. Macam- macam benda dijual di Kampung Melayu.

Pada waktu siang pula Pasar Ben Thant pula godaan terhebat. Siang malam kamu berdepan dengan godaan ini. Nanti aku review Pasar Ben Thant pula.

Cukuplah kalau anda membeli belah disini. Tak payah nak pergi jauh- jauh.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan