Bersepeda Di Gili Trawangan - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Khamis, 17 Mei 2018

Bersepeda Di Gili Trawangan


Bersepeda Di Gili Trawangan


Untuk pengetahuan, Gili Trawangan tidak membenarkan langsung kenderaan petrol/diesel disana. Disebabkan kawasannya yang kecil dan demi untuk menjaga alam sekitar supaya tak tercemar.

Perkhidmatan pengangkutan yang boleh digunakan di Gili Trawangan hanyalah Cidomo iaitu kereta kuda dan sepeda iaitu basikal.
Pengunaan Cidomo kosnya ialah 50K rupiah untuk sekali trip manakala untuk sepeda sewanya ialah 50K rupiah untuk sehari.

Secara logiknya ialah sepeda adalah perkhidmatan pengangkutan yang patut anda gunakan. Mana tahan nak pakai Cidomo, koyak poket kau kalau guna. Mahu habis RM200K sehari kalau macam tu...huhuhu.

So setelah berfikir panjang, semalam kami sebulat suara setuju untuk menyewa sepeda. Sebelum itu kami berjalan kaki ke Ombak Sunset selama 40 minit!!!

Masa nak balik dari Ombak Sunset, memang tak larat nak jalan kaki maka kami sewa sepeda disana.

Pengalaman pertama menaiki sepeda di waktu malam mahu pulang ke villa kami. Dah lerr sepeda tu tiada lampu dan jalan raya pula banyak lubang. Terasa azab betul.

Belum dikira , kondesi basikal dimana tempat duduknya keras macam batu. Bontot aku terasa macam nak meletup..pedih siut.

Lepas tu tempat duduknya pula rendah, payah betul aku nak kayuh. Malam tu terasa amat panjang sekali, rasanya memang cukup jauh kami berkayuh mahu pulang ke villa.

Tapi apa nak buat, itulah perkhidmatan pengangkutan yang murah. Lagi pun kami tiada pilihan, mahu tak mahu terpaksa kayuh..

Keadaan mukabumi dan jalanraya di Gili Trawangan teruk. Banyak lubang-lubang sekitar jalanraya disana. Aku pun tak tahu kenapa mereka tak nak repair jalanraya di Gili Trawangan. Padahal ia merupakan pusat pelancongan utama di Lombok.

Ini semua menambahkan azab aku..Kaki terasa nak tercabut. Bontot pedih kami tahan jer dan berdoa jangan kena sembelit..ahaks.

Secara peribadi walaupun penggunaan sepeda untuk aku tidak menceriakan namun pengangkutan ini adalah pengangkutan terbaik jika ingin menjelajah seluruh Gili Trawangan.

Tadi tengahari kami ronda satu pulau dengan menaiki sepeda. Banyak gambar yang dapat aku ambil sepanjang kayuhan kami.

Untuk mengelakkan keperitan bontot, kami kerap berhenti. Kasi release pedih tu..

Aku rasa beratus gambar kami dapat ambil sepanjang kami mengguna sepeda. Kalau guna cidomo, tak mungkin kami dapat melihat lebih dalam  keindahan Gili Trawangan ini.

Mahu tak mahu kamu terpaksa guna sepeda. Macam kawan aku tadi, dia alas tempat duduk dengan tuala mandi kasi lembut sikit..hehehe.

Nak salahkan sepeda pun tak boleh sebab bontot aku pun macam giant, memang ler sakit..

Bersepeda Di Gili Trawangan

Bersepeda Di Gili Trawangan