Sehari Di Port Dickson - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Isnin, 16 April 2018

Sehari Di Port Dickson


Sepetang di Port Dickson 2018


Melancong sehari juga adalah aktiviti sihat jika anda malas nak ambil cuti. Tapi syarat-syaratnya ialah mesti berdekatan. Betul tak?

Hari ini kami melancong ke Port Dickson iaitu pelancong sehari dari Melaka ke Port Dickson.


Hari ini 16 April 2018 merupakan cuti umum di Melaka sempena Hari Bandaraya Melaka Bersejarah. Dan keluarga kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan sempena cuti ini.

Yang bestnya cuti kata nak mandi laut tapi tak nak mandi di Pantai Kundur Melaka tetapi Port Dickson. Kemain jauh hanya semata-mata nak mandi laut. Aku setuju sahaja tapi pelik ler.

Kami bergerak keluar dari rumah pukul 8.30am. Kami pergi dua kereta. Kami bawa sekali mak mentua dan adik ipar. Kami tiba di Port Dickson pukul 10.30am.

Pada mulanya merancang nak mandi di Teluk Kemang tapi tak der pokok atau tempat redup. Yang ada hanya khemah sahaja. Aku pikirkan kalau tengahari ini mesti panas giler, hanya sewa khemah sahaja. Terbakar kulit aku.

So aku dan wife cari pantai lain. Tapi malangnya walaupun ada pantai yang cantik tapi tiada tandas awam. Jumpa satu tandas awam kat pantai tu, tapi kena menapak jauh.

Untuk masalah ini, aku dan wife bersetuju untuk sewa apartment sampai pukul 6pm. Kami ke Sunshine Bay dan kena bayar RM60. Boleh ler.

Kat sana ada swimming pool dan dekat dengan pantai. Dan keadaam lebih selesa berbanding lepak kat pantai tengah panas. Khemah pun kena sewa, baik sewa apartment.

Untuk pengetahuan kami pernah ke apartment tersebut beberapa tahun yang lalu. Maka dah faham.sistem apartment nak sewa macam mana.

Kami bawa semua barang naik ke apartment dan kemudian kami terus ke laut. Cantik pantai di Sunshine Bay ini. Tapi masa tu air surut maka mandi pun sikit lebih kurang sahaja.

Sebenarnya dalam kepala aku dan anak- anak aku nak mandi swimming pool...hehehehe. Akang-alang dah ada swimming pool baik mandi swimming pool darpada laut yang airnya cetek dan miang badan. Belum dikira pasir masuk kat seluar.

Sepetang di Port Dickson 2018

Kami mandi dalam sejam dan kemudian terus mandi swimming pool. Enjoy lihat anak-anak aku bergembira.

Kami balik ke Melaka dalam pukul 3.40pm dan pekena cendol bakar sebagai penutup cuti sepetang di Port Dickson 

Inilah kerja gila, pergi balik satu hari jer.. Tak penat ssngat, yang penting enjoy.

Sepetang di Port Dickson 2018

Sepetang di Port Dickson 2018