Hotel H Sovereign Bali - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Sabtu, 21 April 2018

Hotel H Sovereign Bali


Percutian kami selama 5 hari 4 malam di Bali, kami telah menginap di hotel H Sovereign Bali. Kami tempah menggunakan booking.com. Harga terbaik

Hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Tuban. Kenapa aku pilih hotel H Sovereign Bali ini kerana ia berdekatan dengan lapangan terbang, ertinya kalau nak balik, kami tak perlu check out awal-awal bangat dan jika ada apa-apa isu, kami tak terkejar-kejar.

Kedua ialah kami pilih hotel ini kerana ia di tengah-tengah bandar, makanan halal hanya berhadapan di hotel kami. Syukur ada warung depan hotel kami ini, kalau makan kat dalam hotel ini. Kopak RP1 juta hanya untuk sarapan selama 3 hari.

Perkhidmatan pun baik dan bagus. Staff mereka semua mesra. Tapi aku pernah tidur di hotel, staff hotel yang lagi baik dari ini. Yang penting mereka tak sombong dan sentiasa melayani permintaan anda. 

Pernah call minta seterika dan dalam masa tak sampai 15minit, seterika telah dihantar ke hotel kami. Bermaksud perkhidmatannya baik.

Hotel H Sovereign Bali
Suasana biliknya juga kemas dan baik. Semua alatan berfungsi dengan baik. Cuma agak terkejut pada mulanya, bilik air semuanya cermin. Macam mana nak mandi...hahahaha.

Rupanya ada penyidai yang boleh diturunkan kalau nak mandi. Jakun betul aku ni ..ahaks.

Kami pergi bertiga dan kami minta katil tambahan. Walau pun katil tambahan di berikan, keadaan bilik tak sempit. Puas hati dengan keadaan bilik ini.

Selain itu disediakan pemanas air dan beberapa campuran minuman seperti nescafe atau teh. Ia juga sediakan peti ais kalau kau nak sejukkan minuman kau.

Saya cadangkan anda tinggal di sini dan review oleh wife aku ialah terbaik. Total kos selama 4 malam di sini ialah RM908 (RP2.8juta) untuk 3 orang dan satu bilik dengan katil tambahan.

Pemandu pelancong aku tanya kenapa tak booking hotel di Pantai Kuta. Aku bukannya tak mahu booking hotel di pantai Kuta tapi aku tak suka suasananya.

Penuh dengan omputih dan malam pula mesti penuh semua bar atau pub. Aku bawa bini dan adik ipar aku, rasa macam rimas lak lihat suasana sosial sebegini. Pernah terjadi semasa kami booking hotel di lombok, rata-rata omputih jer. Nak jumpa masyarakat tempatan punyalah susah.

Nak makan makanan halal pun susah dan yang penting mesti mahal. Itu pendapat aku kenapa aku pilih hotel H Sovereign Bali ini.

TETAPI aku nasihatkan jangan makan kat dalam hotel ini. Mahal ler. Untuk sarapan seorang kau kena RP115K, kalau 3 orang mahu kena RP300K. Ia juga ada kedai nama Owl Stone jual roti. Roti dia yang cincai pun RP30K.

Baik beli roti kat depan hotel iaitu IndoMart macam 7 Eleven ler. Lagi murah. Sarapan makan kat depan hotel tu ada warung. Lagi sodap dan kenyang. Semua muslim dan halal jangan risau. Orang Madura.

Dari kau membazir duit untuk sarapan, lagi baik kau beli ole-ole atau kau makan tengahari di kedai makan yang jual makanan spesial Indonesia seperti Nasi Padang, Ayam Pedasatau Ayam Bakar dan juga Ayam Tulang Lunak. Memang maveles..

Hotel H Sovereign Bali
Hotel H Sovereign Bali
Nampak tak bilik air transparent....huhuhuhu
Hotel H Sovereign Bali
Hotel H Sovereign Bali
Hotel H Sovereign Bali
Bilik air
Hotel H Sovereign Bali
Di pintu masuk bilik, sibuk nak bergambar makcik berdua ini

Hotel H Sovereign Bali
Santai di lobby hotel



SILA BACA: 

Intineri Penuh Percutian Di Bali 5 hari 4 Malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan