Tarian Kecak Bali di Pura Uluwatu Bali

Tarian Kecak Bali di Pura Uluwatu Bali

Tarian Kecak Bali di Pura Uluwatu Bali
Salah satu kewajipan kalau datang ke Bali wajib melihat tarian asli Bali iaitu Tarian Kecak di Pura Uluwatu.

Sebelum kita melihat Tarian Kecak di Uluwatu Bali. Kita kena beli tiket masuk ke Uluwatu sebanyak RP60K tapi kalau kau lokal kena RP30K sahaja seorang.

Kelebihan aku ni muka iras-iras jawa gitu..lalu senang ngomong bahasa Indonesia dapatlah harga lokal...hahahaha.

Pemandangan Pura Uluwatu memang menarik. Tapi hati-hati yer...monyet disini amat nakal sekali
Dia boleh kebas barang kau sekilas macam tu jer.

Ada pelancong tu selipar yang dia pakai pun kena kebas...Bayangkan keganasan dan skill monyet kat sana.

Nak masuk ke Uluwatu anda wajib kena pakai sarung yang disediakan. Ini sebagai tanda menghormati kuil suci mereka.
Tarian Kecak Bali di Pura Uluwatu Bali

Keindahan dan kelebihan Uluwatu ialah kedudukannya atas bukit. Masa nak ke kuil dia, kau kena naik tangga ler..tapi tak tinggi sangat.

Pembinaan kuil Uluwatu ini dibina sejajar dengan bukit. Laluan dia macam Tembok Besar China. Dibawahnya pula ialah laut yang berteluk. Cantik!!!

Uluwatu merupakan destinasi pelancongan popular Bali. So kena ambil giliran kalau nak ambil gambar. Sabar ler sikit.

Lupa pula, bawa air minum tambahan sebab anda akan berada lama di sana sebab anda akan meronda-ronda sekitar Uluwatu dan kemudian anda akan tunggu melihat Tarian Kecak.
Keseluruhan masa anda disana akan dihabiskan selama 4 jam.

Tarian Kecak Bali di Pura Uluwatu Bali
Tarian Kecak Bali di Pura Uluwatu Bali

Selepas puas kau mengambil gambar sekitar di Uluwatu. Tiba masa nak tengok tarian kecak Bali. Kena beli tiket dengan harga RP100K seorang.

Tarian Kecak Bali di Pura Uluwatu Bali
Berjaya membeli tiket Tarian Kecak 
Tari Kecak adalah kesenian tradisional sejenis seni drama tari yang khas dari Bali. Tarian tersebut menggambarkan tentang cerita Pewayangan, khususnya cerita Ramayana yang dipertunjukan dengan seni gerak dan tarian. Tari Kecak ini merupakan salah satu kesenian tradisional yang sangat terkenal di Bali. Selain sebagai warisan budaya, Tari Kecak ini juga menjadi salah satu daya tarik para wisatawan yang datang ke sana.

Pada mulanya agak bosan juga kerana tiada alat muzik yang mengiringi tarian kecak ni tetali dari alunan suara beberapa lelaki.

Kemudian ia sudah mula seronok. Keluar ler satu persatu dewa-dewa hindu yang menceritakan tentang Ramayana.

Sebenarnya semasa anda membeli tiket Tarian Kecak ini anda diberikan pamplet cerita tentang Tarian Kecak ni. Kalau anda baca, kau faham ler tentang tarian ini. Tapi siapa nak bacakan..hahaha.

Aku seronok melihat kostum mereka dan lakonan penari tarian kecak. Paling hebat ialah dewa monyet. Memang ia stuntman betul. Panjat tiang dan paling seronok ia kacau penonton kat sana..hahahaha.

Kalau kau biasa tengok cerita Cina kat filem Dewa monyetkan nakal...

Untuk sesiapa yang minat tentang sejarah Bali serta seni mereka, tarian kecak wajib di tonton. Kalau anda fotografer, adalah wajib. Kostum mereka memang maveles.

Masalah untuk fotografer ialah tarian kecak ini bermula pukul 6.00pm hingga 7.00pm. Dah malam ler, mahu tak mahu kena main ISO tinggi.

Tarian Kecak Bali di Pura Uluwatu Bali
Tarian Kecak Bali di Pura Uluwatu Bali



Sila baca : Intineri Penuh Percutian Di Bali 5 hari 4 Malam





Catat Ulasan