Kenapa Aku Suka Melancong Ke Indonesia ? - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Isnin, 16 April 2018

Kenapa Aku Suka Melancong Ke Indonesia ?



Ramai rakan-rakan aku kata aku suka melancong ke Indonesia...hahahaha. Memang wajar pun aku ditegur sedemikian kerana secara peribadi aku telah 3 kali ke Indonesia dalam masa 2 tahun iaitu ke Yogjakarta, Lombok dan Bali.

Untuk aku Indonesia sebuah negara yang cantik dan rakyatnya semua mesra. Layanan terbaik sebagai pelancong akan anda alami jika ke Indonesia.

Pulau-pulaunya yang indah dan bangunan bersejarahnya cukup unik. Aku sebagai fotografer, memang mengejar sesuatu kelainan dari negara sendiri samada dari segi budaya, pekerjaan dan rekabentuk. Indonesia adalah tempat yang terbaik.

Murah. Perbelanjaan di Indonesia cukup murah. Kalau di Indonesia aku mampu ler lepak hotel 4 atau 5 bintang kat sana. 
Sebagai contoh, kalau aku ke Lombok. Harga tiket kapal terbang, hotel dan pemandu pelancong selama 6 hari 5 malam, aku habis RM2.5K. Yang mahal ialah tiket kapal terbang yang mencecah RM1.3K.

Kelebihan lain ialah bahasa. Bahasa serumpun Malaysia dan Indonesia hampir sama. Maka senang kami nak berinteraksi.

Perkara terpenting ialah budget. Kalau kami nak melancong ke Europe, bisa sahaja. Tapi kalau aku melancong ke Indonesia. Aku boleh melancong 2 kali setahun.

Disebabkan budget perbelanjaan ke Indonesia tidak tinggi. Kalau aku Eropah, mungkin 2 kali setahun kot. 

Biarlah aku habiskan Indonesia kerana aku dah sebati dengam negara ni. Lepas tu ke negara Asean. Last baru ke negara-negara omputih.
Pada masa tu 2 kali setahun melancong tak der masalah sebab dah boring dah melancong...hahahahah.