WISE menawarkan cara pembayaran yang cepat, selamat dengan kos yang rendah untuk lebih 40+ jenis mata wang, ke lebih 140+ negara. Sejak dari tahun 2021, pelanggan di Malaysia juga boleh membuka undefined. Selain itu, mereka juga boleh dapatkan kad debit Wise untuk perbelanjaan dan pengeluaran yang lebih mudah.
Sebenarnya, apa itu kad Wise? Apa ciri-ciri dan kelebihan kad ini? Apakah caj yang dikenakan untuk kad ini yang anda perlu tahu? Teruskan membaca review lengkap kad Wise Malaysia ini.
Kad debit Wise boleh digunakan di serata dunia untuk pengeluaran dan pengeluaran dalam lebih 150+ jenis mata wang, tanpa caj transaksi asing dan tiada caj penyelenggaraan semasa untuk akaun. Tambahan lagi, tiada yuran tahunan akan dikenakan - hanya perlu membayar sekali sahaja caj yang rendah untuk memesan kad anda. Tiada lagi caj semasa akan dikenakan selepas itu. Mudah bukan?
Adakah kad Wise selamat?
Kad Wise selamat digunakan dan dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan. Jadi, anda boleh mengawasi transaksi wang anda. Ketika berada di luar negara, penggunaan kad untuk perbelanjaan dan pengeluaran jauh lebih selamat berbanding membawa wang tunai dalam amaun yang besar. Tambahan lagi, dengan memiliki akaun berasingan untuk perbelanjaan dalam mata wang asing sememangnya lebih selamat dan memudahkan anda merancang bajet percutian anda.
Berikut adalah beberapa ciri-ciri keselamatan yang dimiliki ileh Wise:
- Akaun Wise memerlukan 2 faktor pengesahan
- Beku dan aktifkan semula kad anda melalui undefined
- Dapatkan notifikasi segera untuk membolehkan anda mengawasi perbelanjaan
- Jana kad digital sebagai langkah keselamatan tambahan apabila berbelanja secara online di stor online baru
- Wise melaksanakan proses anti penipuan 24/7 secara manual dan juga automatik untuk mengenalpasti dan mencegah transaksi meragukan

Cara guna kad Wise di Malaysia dan di luar negara - manfaat
Untuk tahu sama ada kad Wise pilihan yang bagus atau tidak untuk anda, mari kita lihat kelebihan dan cara guna kad Wise.
Gunakan di lebih 150+ negara dalam lebih 40+ jenis mata wang
Akaun Wise boleh digunakan untuk memegang lebih daripada 40+ jenis mata wang dan anda boleh gunakan kad Wise untuk belanja di lebih 150+ negara di seluruh dunia. Malah, kad Wise juga boleh dipakai di mana-mana sahaja jika terdapat simbol Visa, termasuk berjuta-juta pedagang dan ATM.
Tambah nilai akaun dalam RM dan tukar ke mata wang lain berdasarkan mid-market exchange rate
Tambah nilai akaun Wise anda dalam ringgit. Aktifkan fungsi auto-conversion kad anda untuk tukar ke mata wang yang anda ingin gunakan untuk belanja. Kadar tukaran yang digunakan adalah kadar pasaran pertengahan (mid-market exchange rate) serta caj rendah daripada 0.77%¹. Anda akan sentiasa dikenakan caj yang paling rendah. Jadi anda tidak perlu khuatir untuk buat tukaran mata wang lebih awal, dan gunakan mata wang tersebut di kemudian hari.
Jika anda ingin menggunakan kelebihan kadar tukaran asing yang sentiasa berubah, anda boleh gunakan rate tracker yang disediakan dalam aplikasi Wise. Melalui tracker ini, anda akan dimaklumkan apabila mata wang yang anda inginkan mencapai kadar tukaran yang ideal.
Semak kadar tukaran pasaran pertengahan (mid-market rate) dan caj tukaran untuk kiriman wang anda yang seterusnya di sini:
Keluarkan wang dari ATM sehingga RM 1000 dengan percuma setiap bulan
Gunakan kad debit Wise anda untuk buat pengeluaran di mana-mana ATM yang menerima kad Visa. Buat pengeluaran tanpa caj sehingga RM 1,000 untuk setiap bulan⁴ dan untuk pengeluaran melebihi jumlah tersebut, caj yang rendah dan telus akan dikenakan. Tiada caj untuk transaksi asing serta pendahuluan tunai. Jadi anda boleh jimat lebih banyak berbanding menggunakan kad bank biasa untuk pengeluaran.
Belanja di stor antarabangsa secara online
Kad Wise menawarkan nilai yang lebih tinggi apabila anda belanja dalam mata wang asing - termasuk apabila anda belanja online di pedagang/stor antarabangsa. Gunakan kad fizikal atau kad digital anda untuk belanja dengan mudah dan setiap kali anda belanja, kadar tukaran berdasarkan mid-market exchange rate serta tiada caj untuk transaksi asing. Belanja dalam mata wang yang anda telah pegang/simpan dalam akaun secara percuma. Jika anda ingin tukar kepada mata wang lain dalam akaun, kad Wise akan tukarkan secara automatik dengan caj rendah bermula dari 0.77%.
Caj untuk Kad Wise di Malaysia
Akaun peribadi Wise boleh dibuka secara percuma dan tiada caj semasa atau penyelenggaraan akan dikenakan., anda boleh memesan kad Wise dengan hanya perlu membayar sekali sahaja caj yang rendah. Selepas itu, anda boleh terus gunakan kad digital Wise.
Berikut adalah caj terpakai untuk kad Wise di Malaysia:
| Servis | Caj kad Wise² |
|---|---|
| Memesan kad fizikal | RM 13.70 |
| Dapatkan kad digital | Percuma apabila anda memesan kad fizikal |
| Memperbaharui kad | Percuma |
| Belanja menggunakan kad | Percuma untuk mana-mana mata wang yang dipegang Tukaran wang asing menggunakan mid-market exchange rate, dengan caj rendah bermula dari 0.77% |
| Pengeluaran ATM | 2 kali pengeluaran dalam sebulan, jumlah sehingga RM1,000 - tiada caj RM 5 + 1.75% dikenakan untuk pengeluaran melebihi jumlah tersebut |
Bagaimana cara memohon kad Wise di Malaysia
Anda sudah bersedia? Kami kongsikan cara buka akaun Wise dan pesan kad debit Wise Visa di Malaysia seperti berikut:
- Muat turun aplikasi Wise atau layari laman web Wise
- Klik ‘Open an account’ and masukkan alamat emel anda - anda juga boleh daftar menggunakan Facebook, Google atau Apple ID
- Ikut arahan yang terpapar (prompt) dan masukkan maklumat untuk dihubungi seperti no telefon
- Muat naik gambar dokumen pengenalan - pasport atau MyKad, atau pun visa atau permit jika anda bukan warganegara Malaysia³
- Sebaik sahaja akaun anda telah disahkan, anda boleh buat tambah nilai pertama untuk mata wang yang anda inginkan
- Pilih tab Card dan ikut arahan yang terpapar untuk buat pesanan kad Wise
Anda boleh semak maklumat kad anda dengan serta-merta, dan gunakan kad digital untuk pembayaran mudah alih dan juga online! Kad debit Wise yang anda pesan akan mengambil masa sekitar dua minggu untuk sampai.