Cara Memohon Credit Account Air Asia ( Terbaru) - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Jumaat, 14 Ogos 2020

Cara Memohon Credit Account Air Asia ( Terbaru)

 

Cara memohon Credit Account ialah anda tak boleh memohon secara sukarela. Apatah lagi kalau nak refund memang cukup payah dengan Air Asia ini. Kalau lulus pun makan berbulan-bulan atau memang tak dapat refund.
 
Hanya satu cara iaitu anda kena ambil juga Credit Account itupun kalau anda dapat email dari AA macam di atas. Sebab admin pernah cuba nak kenselkan tapi kena reject. So admin biarkan jer, tapi minggu lepas dapat email kena kensel dan kena buat Credit Account. 
 

Untuk admin tak kisah ler samada Credit Account atau Refund janji dapat pulangan duit yang beriban-riban ini...hehehehehe. Lagi 2 tahun baru rancang kalau nak pergi bercuti.
 

Caranya amat mudah jika penerbangan anda dibatalkan sendiri oleh Air Asia. Tak sampai 20 minit nak berurusan dengan AVA Chat dia.

Mula-mula kena log in akauan Air Asia ( AA) anda ler dan lepas tu klik chat bot Ava dia dan pilih seperti gambar di atas tu. Ada kekeliruan pada semua iaitu apabila si Ava ni minta Surname. Ianya bermaksud bukan nama anda tapi nama bapa anda. Macam Admin daftar kat AA guna nama Hanif Bin Idrus dan ia minta surname iaitu Idrus ler.. Sebab kita ini muslim mana ada surname ni...hehehehe

Departure City nama bandar bukan KLIA2 atau tah apa2.. Kalau KLIA anda tulis Kuala Lumpur. Dan masukkan booking no dan seterusnya semuanya senang. Jangan lupa ambil no BIG Member ID anda sebab nanti duit tu dia akan masukkan dalam akaun BIG Member anda.
Senangkan.. duit admin dan masuk dan admin tengah pikir nak pi mana ni...


Yeehhhh..berjaya!!!! Credit Account ini laku untuk 2 tahun atau 720 hari. So rileks ler sampai tahun 2022 ini. Tahun 2021 ini admin rasa malas nak pi obersea, jalan-jalan Malaysia dan promote negara tercinta admin ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan