TIPS MELANCONG ELAK COVID-19

TIPS MELANCONG ELAK COVID-19
TIPS MELANCONG ELAK COVID-19
Gambar di atas adalah statistik dunia jumlah pesakit COVID-10 yang telah mencecah 121K orang dan menyebabkan kematian 4366 orang. COVID-19 ini boleh dikatakan pandemik jika dilihat begitu ramai yang dijangkiti diseluruh dunia. Ada pihak mengatakan kali ini ialah gelombang kedua COVID-19 selepas China.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan laman website khas untuk penerangan tentang COVID-19 ini. Gambar diatas adalah contoh templates laman website COVID-19 KKM.


Negara yang telah dikeluarkan amaran bahaya dan tidak boleh dilawati ialah China, Korea Selatan, Italy, Jepun dan Hong Kong.yang mempunyai jumlah terbesar kematian COVID-19. Saya amat bersetuju kita semua kena elakkan dari melawat negara ini. Memang sah negar aini dalam darurat lalu buat apa kita nak melancong ke sana.

Walau bagaimana pun COVID-19 bukanlah penghalang untuk anda melancong. Jangan sekat diri anda kerana COVID-19 ini . Jangan panik dan jangan buat keputusan tanpa data dengan menganggap semua negara dunia ini tidak boleh dilawati.

Sekaranglah masanya untuk melancong dengan ujudnya COVID-19 ini tapi perlu mengikuti prosedur yang betul. Kenapa saya kata sekarang adalah masa yang tepat, anda boleh membaca artikel di bawah ini ini ISU COVID-19 ADALAH MASA TERBAIK UNTUK MELANCONG.

TIPS MELANCONG ELAK COVID-19

TIP Pertama adalah rujuk laman web CDC yang memberitahu perkembangan terkini COVID-19. Malah dalam website tersebut terdapat rujukan untuk pelancong.
Sila klik ke laman web ini  Coronavirus Disease 2019 Information for Travel
Penjelasan yang lengkap untuk anda. Selain itu anda boleh ke laman web Malaysia pada permulaan artikel di atas.
Dapatkan maklumat yang lengkap bagaimana melindungi diri anda semasa melancong. Ini adalah asas untuk elak COVID-19.

TIPS MELANCONG ELAK COVID-19

TIP Kedua kawasan pelancongan elakkan ke kawasan yang terlalu padat seperti di kota-kota. Kerana kesesakan orang ramai berpotensi untuk berlaku jangkitan. Baik pergi ke kawasan semulajadi atau pulau yang popular tetapi tiada COVID-19. Macam saya ini suka ambil gambar alam semulajadi maka tiada masalah.
Elakkan melancong guna kapal persiaran, ini juga telah termaktub dalam laman web CDC tidak galakkan melancong naik kapal persiaran atau Cruise.

TIPS MELANCONG ELAK COVID-19
Tips Ketiga Gunakan PPE ( Personal Protective Equipment) iaitu facemask jika berada di kawasan yang ramai orang terutama jika anda berada di lapangan terbang yang penuh dengan pelbagai manusia dari pelbagai negara. Sebenarnya mengikut kajian, face mask ini tak perlu dipakai setiap masa, ia hanya dipakai jika anda batuk dari berjangkit kepada orang lain atau anda berdekatan orang yang sakit.
Tapi sebaiknya digunakan jika berada ditempat orang ramai seperti yang saya katakan jika nada berada di lapangan terbang.

lain-lain nasihat seperti dibawah:
  • Elakkan berada dekat dengan orang sakit.
  • Elakkan sentuh mata, hidung dan mulut sebelum basuh tangan.
  • Pastikan anda duduk di rumah jika kurang sihat.
  • Tutup hidung dan mulut menggunakan tisu ketika bersin dan buang.
  • Bersihkan barang harian dengan menggunakan kelengkapan pencuci rumah yang mengandungi antibakteria.
  • Pakai mask jika rasa tidak sihat untuk mengelakkan penyebaran wabak.
  • Cuci tangan dengan sabun selama 20 saat terutama sekali selepas ke tandas, sebelum makan, selepas bersin atau batuk.
  • Gunakan hand sanitizer yang mempunyai sekurang-kurangnya 60 peratus kandungan alkohol.

TIPS MELANCONG ELAK COVID-19
Tips Keempat ialah sentiasa mencuci tangan dan guna hand sanitizer atau sabun. Elakkan dari bersentuhan dengan orang yang tidak kenali. Punca salah satu penyebaran COVID-19 ialah melalui sentuhan kemudian anda gosok dimuka atau mata. Kalau nak guna hand glove dipersilakan tapi kerap kena tukar ler.
Kini Malaysia dah ada prosedur cara salam baru untuk elak sentuhan dari manusia ke manusia seperti gambar di atas. Biar orang kata kita sombong tapi selamat.

Jangkitan COVID-19 boleh berlaku melalui cara di bawah:
  • Melalui cecair yang dikeluarkan dengan cara bersin atau batuk daripada individu yang dijangkiti
  • Melakukan sentuhan secara langsung (tanpa lapik) dengan individu yang dijangkiti.
  • Menyentuh tempat yang tercemar dengan jangkitan virus tersebut.

Sekarang anda boleh melancong ke destinasi pelancongan yang anda mahu samada di dalam negara atau luar negara. satu lagi tips ialah JANGAN PANIK. Jika anda jenis over sangat pun bahaya sebab menyampah orang dan timbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai...hehehehe. Jangan terlalu sangat over untuk elak COVID-19 dengan melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Catat Ulasan