ISU COVID-19 ADALAH MASA UNTUK MELANCONG

ISU COVID-19 ADALAH MASA UNTUK MELANCONG
ISU COVID-19 ADALAH MASA UNTUK MELANCONG
Sekarang ni kalau kita lihat harga tambang kapal terbang menjunam turun. Dengan harga berbelas ringgit anda mampu terbang, bas ekspress pun lagi mahal.

Ini semua gara-gara COVID-19 menular seluruh dunia yang bermula di Wuhan,China dan kini merebak teruk terutama di Itali, Korea, Iran.

Terdapat beberapa negara yang mencatat kes COVID-19 tapi kes yang terpencil dan mampu di kawal. Namun ia menunjukkan COVID-19 ini berpotensi menjadi virus pandemik.

Susulan virus COVID-19 yang bermula awal Desember 2019 hingga sekarang telah melumpuhkan sebahagian besar industri pelancongan dunia. Termasuk Malaysia pada tahun ini adalah tahun Melawat Malaysia. Hancus musnah.

Namun ia adalah syurga untuk kaki travel yang boleh memaksimakan aktiviti pelancongan lebih jauh lagi yang dahulunya mahal kini merayu anda pergi kepada mereka dengan harga yang tak masuk akal.

Anda mempunyai kuasa yang lebih tinggi demand harga yang lebih murah.

Realitinya melalui perbualan ringkas saya dengan pemandu pelancong Malaysia dan baru-baru ini dengan pemandu pelancong Indonesia. Kesemua mereka menghadapi musim pembatalan perkhidmatan oleh pelanggan mereka. Ada yang hilang seramai total 30 kumpulan pelancong. Ramai pemandu pelancong yang dinasihatkan cuti tanpa gaji selama 1 bulan sebab tiada pelanggan.

Inilah realiti dalam dunia pelancongan. Apabila industri utama goyah maka industri hiliran seperti syarikat kapal terbang, restoran,penjual tiket, hotel dan penjual ole-ole semua akan merasa bahangnya.

Inilah masanya untuk anda booking harga kapal terbang yang murah giler ni dan demand dengan pemandu pelancong.

Kos pelancongan yang tinggi bermula dengan harga tiket kapal terbang kemudian tour guide serta harga hotel. Inilah kos tetap yang membezakan kos pelancongan anda. Kalau tak takkan ujud istilah backpacker kan..

Pergilah ke negara yang tiada kes COVID-19 serta kes yang terpencil. Digalakkan pergi ke negara panas atau pulau. Amalkan prosedur elak COVID-19 yang tealh dikeluarkan oleh WHO atau negara anda.

Melancong pakai private tour jangan ikut pakej. Itu lagi selamat.

Tak semestinya ke luar negara, dalam negara pun menarik. Tiket kapal terbang ke Langkawi RM12 jer.

Jangan menahan diri anda untuk melancong hanya kerana COVID-19
Bukan semua negara hadapi kritikal kes COVID-19 ni seperti Malaysia. Masih terkawal dan baru-baru ni saya ke Medan, saya lihat semua penduduknya zero COVID-19.
Baca : TIPS MELANCONG ELAK COVID-19

Jom melancong dan kalau nak intineri pelancongan boleh surf blog saya ni. Semuanya private tour.
Baca: Senarai Intineri

ISU COVID-19 ADALAH MASA UNTUK MELANCONG
FOLLOW UP OLEH AGENSI PELANCONGAN UNTUK PAKEJ KAMI PADA BULAN 10. MENANDAKAN ARAS KRITIKAL OLEH SEMU ASYARIKAT PELANCONGAN. DULU, JANGAN MIMPI NAK FOLLOW UP.

Catat Ulasan