TIP MELANCONG KE MU NEI VIETNAM

TIP MELANCONG KE MU NEI VIETNAM

TIP MELANCONG KE MU NEI VIETNAM
MU NEI adalah sebuah lokasi pelancongan di Vietnam. Perjalanan dari Ho Cho Minh (HCM) ke Mu Nei memgambil masa selama 4 jam.
Manakala jika dari Dalat mengambil masa 2 jam. Dengar khabar, Air Asia kini menyediakan penerbangan terus ke Dalat. Dah jimat masa kan.

Apa ada di Mu Nei? Di Mu Nei terdapat dua aktiviti utama iaitu aktiviti pasir dan air.

Jika ke Mu Nei anda digalakkan pakai selipar sahaja, kasut tinggal di hotel. 

Mu Nei ini adalah satu kawasan pantai dan terkenal dengan makanan lautnya.


TIP MELANCONG KE MU NEI VIETNAM

Aktiviti pasir ialah di White Sand Dunes dan Red Sand Dunes dimana ia sebuah padang pasir yang luas dimana kita boleh mengambil gambar matahari terbitdi White Sand Dunes.

Selain itu di White Sand Dunes ada aktiviti lasak menaiki motor turun ke kawasan curam serta sliding pasir. Menarik!!!.

TIP MELANCONG KE MU NEI VIETNAM

Aktiviti air pula sudah tentu ke perkampungan nelayan dan harung sungai Fairy Stream. Melihat pelbagai bentuk dan warna perahu nelayan serta harungi 5km denai air melihat air terjun keluar dari gunung di Fairy Stream dan kombinasi warna batu di sana.
Selain itu di Mu Nei terdapat sebuah jalan yang dinamakan Jalan Rusia dimana  kawasan ni penuh orang Rusia dan signboard tulisan Rusia. Unik kan.

Makanan halal di Mu Nei agak susah atau tiada. Dulu langsung tiada makanan halal tapi kini ada satu sahaja kedai Champa halal dinama Thalal yang ada di Mu Nei.

TIP MELANCONG KE MU NEI VIETNAM

Digalakkan membawa makanan paket kalau nak ke Mu Nei. Kedai Thalal ni terletak di Jalan Rusia.
Malam-malam boleh makan maggi..hahaha.
Tapi anda boleh makan roti cicah dengan mentega, straberi jika larat.

Keistimewaan Mu Nei adalah makanan lautnya. Boleh makan sebab ia buat ala-ala barbique dan makanan laut ia tak jual khinzir. Air minumlah air dalam botol.
Rugi kalau tak makan udang galah saiz gajah..hahaha.

Kalau ke Vietnam, jangan lupa minum kopi Vietnam. Seluruh Vietnam memang ada jual kopi Vietnam. Tak susah. Rugi besar kalau tak minum kopi susu Vietnam sebab rasanya memang lain dari yang lain tidak terdapat di tempat lain.

Kalau anda berada di pantai, wajib kena mandi di laut. Pilih resort yang berdekatan laut dan bangun pagi mandi laut dan lepas tu mandi kolam renang pula.  Fuyooh..Aku duduk di Resort Vuon Tra belakang resort ada restoran dan pantai. Ia juga ada kolam renang. Ada budget lebih, cari hotel yang best sikit.

TIP MELANCONG KE MU NEI VIETNAM

Pertanian utama di Mu Nei adalah buah dragon. Dah sampai sana ke makan ler buah ni kalau nak. 

Ole-ole jangan lupa beli jenama Mu Nei sebab kalau anda ke HCM memang tak der key chain tulis Mu Nei. Aku ada beli botol pasir tulis Mu Nei sebagai kenangan dan beberapa butir magnet. Harga di Mu Nei adalah lebih murah kalau berbanding di HCM.

Percutian ideal adalah 3H2M kalau ke Mu Nei sambil rehatkan badan. Hari pertama rehat-rehat sahaja sebab baru sampai kan. Boleh pekena makanan laut.

Hari kedua round semua pasir dan air yang ada kat Mu Nei tapi kena bangun awal sebab 0430am kena ada kat padang pasir tu nak ambil gambar matahari terbit.

Lepas tu lepak sambil minum kopi dan mandi-mandi. Dan balik..
Kalau nak lepak-lepak tambah 4H3M.


TIP MELANCONG KE MU NEI VIETNAM


TIP MELANCONG KE MU NEI VIETNAM


Catat Ulasan