PERSIAPAN MELANCONG KE MUI NE VIETNAM - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Isnin, 4 November 2019

PERSIAPAN MELANCONG KE MUI NE VIETNAM


MUI NE VIETNAM
Ke Vietnam lagi tapi kali ni ke Mui Ne Vietnam iaitu kawasan pantai. Kali ni bawa anak-anak sahaja. Jarak dari HCM ke Mui Ne naik kereta dalam 3 jam. 

Tapi hari terakhir kami kembali HCM sebab nak pergi melawat sekali lagi Chu Chu Tunnel. Kami merasakan Chu Chu Tunnel ni kawasan bersejarah yang patut anak kami fahami.

Kami menggunakan pemandu pelancong yang sama iaitu Suffiyal. Selesa dengan beliau.

Bawah ini adalah intinerinya. Kos 4H3M ini harga biasa RM650 disebabkan kami hanya berempat maka naik kepada RM750 seorang. Boleh ler tu semua all in. Total RN3000 untuk 4 orang.

Flight pula kosnya dalam RM2000 untuk 4 orang.  So total pergi ke Mui Ne 4H3M untuk 4 orang ialah RM5k atau RM1250 seorang. Tak mahal berbanding pakej group lagi mahal.

Pertama kali bawa anak-anak melancong ke luar negara. Eksited anak-anak aku..hehehe. 

Nantikan intineri penuh kami nanti di Mui Ne Vietnam.

HO CHI MINH - MUI NE 4H3M
HARGA PAKEJ TERMASUK : 
Hotel Pengangkutan 
3 x Sarapan 
3 x Makan Tengahari 
3 x Makan Malam 
Transport
Tiket Lawatan 
Tour Guide 
HARGA TIDAK MASUK: 
Caj Bagasi 
Perbelanjaan Peribadi 
Insurans Perjalanan 
Tipping Tour Guide Dan Driver

TENTATIF LAWATAN;

Hari 1 :
Pelepasan KUL-SGN Ketibaan Di Tan Son Nhat International Airport 
Shopping di Linda Wholesale. 
Bergerak ke MUI NE ( 4jam perjalanan )
Daftar Masuk Hotel 
Makan Malam Di Kedai Makan Halal
Rehat Di Hotel
Aktiviti Bebas

Hari 2 :
Sarapan pagi
Melawat di :
White Sanddune
Red Sanddune
Fishing Village
Fairy Stream
Makan tangah hari
Check out hotel
Pulang ke bandar Ho Chi Minh
Check in hotel rehat
Makan malam activity bebas shopping di pasar malam.

Hari 3 :
Sarapan Pagi
Melawat di Cu Chi Tunnel
Makan Tengahari Di Kedai Makan Halal Sediakan Surau Untuk Solat
Pulang Ke Bandar Ho Chi Minh Singgah Di Tempat-tempat Untuk Beli-belah Dengan Harga Borong 
Pulang Ke Hotel 
Makan Malam Aktiviti Bebas 
Pulang Ke Hotel 

Hari 4 :
Sarapan Pagi 
Aktiviti Bebas 
Daftar Keluar Hotel 
Makan Tengahari 
Bergerak Ke Tan Son Nhat International Airport Pelepasan Pulang SGN-KUL
📖📖📖📖📖📖📖📖📖📖📖📖

Note:
Untuk Kanak2: 
4 tahun free charge
5 tahun tidur dengan ibu papa free charge
6 tahun ke 9charge separuh ( extra bed )
10 tahun full charge ( extra bed )

BOLEH BACA: INTINERI PENUH MELANCONG KE HO CHI MINH
MUI NE VIETNAM
White Sanddune
MUI NE VIETNAM
Red Sanddune
MUI NE VIETNAM
Fishing Village
MUI NE VIETNAM
Fairy Stream



Tiada ulasan:

Catat Ulasan