HARI KETIGA DI HO CHI MINH VIETNAM

HARI KETIGA DI VIETNAM

Percutian diteruskan pada hari ketiga iaitu menuju ke Chu ChiTunnel. Iaitu sebuah kawasan memorial peperangan Vietnam.

Perjalanan dari hotel ke Chu Chi Tunnel memakan masa 2 jam juga. Setibanya kami disana, pemandu pelancong kami membelikan kami tiket. Mak kami tidak ikut sebab perjalanan menjelajah Chu Chi Tunnel ini agak mencabar.



Untuk masuk ke dalam kawasan tersebut pintu masuk tersebut kami melalui jalan yang agak panjang. Nampak tak gambar kat atas tu, jauh jugak nak pergi sana.


Setelah sampai disana kami disambut oleh pemandu pelancong kami dan akan membawa kami menjelajah sekitar kawasan Chu Chi Tunnel.


Agak fasih juga pemandu pelancong kami ini. Tempat pertama yang kami pergi sudah tentu kawasan paling popular iaitu tempat persembunyian bawah tanah dan pelancong boleh mencuba memasuki terowong bawah tanah.

Aku macam biasa takkan cuba sebab tahu ia tak muat untuk aku..hahahaha.

Selepas itu ia menerangkan panjang terowong ini yang hampir 500 kilometer dan juga cara pihak musuh menembak curi tentera Amerika.


Selain itu ia juga menunjukkan jerangkap samar yang dibina oleh askar Vietnam. Dan juga kami boleh memasuki terowong bawah tanah sejauh 15 meter. Kalau terer 20 meter dan kalau terer lagi 30 meter.

Aku pula hanya berani tengok sahaja sebab tahu tak muat punya. Tapi kakak sulung aku masuk dan berjaya pergi 20 meter.

Selain itu disana, kita boleh menembak kalau nak mencuba. Aku lihat satu peluru hidup kena bayar 60 ribu Dong. Tak mahal sangat tapi masa tak cukup sebab pemandu pelancong kami beri kami 10 minit sahaja. Itu kerugian kami sebab tak boleh mencuba..huhuhu.


Banyak juga pengetahuan yang kami perolehi sepanjang lawatan ke Chu Chi Tunnel. Melihat perjuangan rakyat Vietnam dalam memperjuangkan kemerdekaan mereka dan kepayahan hidup dalam terowong. Memang cukup susah. Aku tabik pada pejuang Vietnam yang berjaya kalahkan tentera Amerika.



SELEPAS SELESAI DI CHU CHI TUNNEL kami pergi makan temgahari. Sebelum tu isteri aku sempat membeli frame dibuat dari beras dengan harga 600 ribu dong.


Selepas makan kami singgah ke Linda Wholesales iaitu kawasan popular jual baju Kuta dan Juubah di Ho Cho Minh. Kakak dan wife aku sempat membeli belah disana. Habis duit lagi...huhuhuhu.

Setelah itu kami balik ke hotel dan kami kensel hotel kami dan pindah ke Alagon Westemrn Hotel yang berdekatan di kawasan membeli belah dan makanan halal. Ini pun nanti aku cerita nanti.

Malam kami terjah pasar malam si Kampung Melayu yang berdepan dengan hotel baru kami...hahahaha

Baca : Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam



Catat Ulasan