Penginapan kami sepanjang berada di Bandung ialah hotel De Batara.
Kalau tengok ratingbia berada 2 bintang.
Itupun pemandu pelancong kami yang carikan. Kalau aku cari mungkin baik sikit kot dalam 4 bintang.
Hotel ini yang bagusnya ialah terletak di tengah-tengah bandar Bandung. Kawasan sekitar hotel ni amat strategik dengan kedai makanan serta kedai runcit yang berdekatan.
Keadaan bilik aku rasa agak kemas dengan kelangkapan tv serta ada menyediakan air panas. Cuma seterika jer tak der. Terpaksa telepon housekeeping untuk seterikakan baju kami.
Keadaan katil yang agak besar serta ada meja tulis agak memuaskan. Keadaan bilik air pun baik dan berfungsi.
Cuma ia tak kasi shampoo,sabun mandi atau berus gigi untuk tetamu. Biasalah hotel 2 bintang.
Peristiwa yang menjejaskan pandangan aku tentang hotel ini ialah bilik kakak aku dan adik ipar aku tak boleh buka. Terpaksa telepon pihak hotel untuk betulkan pintu. Tak sepatutnya berlaku kerana pihak hotel patut periksa sebelum serahkan kunci kepada pelanggan.
Itulah kelemahan hotel ini yang aku nampak. Esok aku sambung pasal sarapan dia pula.
Sambungan:
Sarapan pagi di hotel De Batara sedap. Banyak pilihan yang ada dari nasi goreng ke bubur kacang hingga buah-buahan.
Masalah bilik lagi. Bilik kakak aku ler. Aircond tak.berfungsi. Tadi minta tukar bilik katanya bilik penuh.
Adik ipar aku pun terkunci dalam bilik air..adusss...
Selepas hari ketiga semuanya berjalan lancar, bilik hotel boleh buka macam biasa..hehehehe