Genting Highland Malaysia 2019 - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Rabu, 9 Oktober 2019

Genting Highland Malaysia 2019


Genting Highland Malaysia 2019
Agak lama aku tidak ke Genting Highland semenjak pengumuman hendak membuat outdoor bersama Fox hingga tertangguh kini kerana isu lesen dengan Disney yang kini mengambilalih Fox membuat aku malas nak kesana.

Semalam aku pergi ke sana sebab ada Team Building bersama anak buah. Ingatan aku tentang Genting Highland masih lagi berkisar 7 tahun lalu.

Rupanya kalau hendak kesana melalui kereta kabel terdapat 2 jalan utama. Yang lama kita panggil Sky Way dan yang baru Awana Sky dimana terdapat sekali Genting Premium Outlet. Baru tahu..

Tapi kami naik melalui Sky Way sebab Awana Sky ada pembaikan.
Harga tiket disana ialah pergi balik ialah RM16. Murah lagi.

Kalau nak beli boleh beratur di kaunter atau di kios.

Genting Highland Malaysia 2019

Setelah membeli tiket, kami menaiki kereta kabel dan sampai dipuncak kawan kami kata kalau nak main game ada satu tempat namanya  Skytropolis.

Melilau juga cari Skytropolis ni. Akhirnya jump, rupanya ia terletak di Theme Park Hotel.

Wah!!! Besar juga Skytropolis ni. Banyak mainan yang ekstrem dan separa ekstrem yang disediakan. Kalau nak main satu hari tak habis ni.

Harga tiket boleh beli setiap satu kalau nak, tapi mahal ler setiap game rasanya RM10. Tapi anda boleh beli pass tiket dengan harga RM60 untuk semua permainan. Ia ada macam-macam Pass. Anda pilih jer.

Genting Highland Malaysia 2019

Tiket boleh beli di atas ni. Permainan yang menakutkan ialah hammer kot. Aku tak main sebab tak tidur semalaman, baru balik dari Bandung.

Aku galakkan ibu bapa bawa anak-anak ke sini. Mesti mereka gembira sangat. Tapi kos agak tinggi ler.

Harga tiket RM60 dan makanan belum kira lagi. Nasi goreng RM15 satu. Aku makan Nasi Kandar dengan ayam dan air teh kena RM28.90. Air mineral RM6.

Hotel tak mahal pula, satu malam dalam RM150 jer..

Pendek kata Genting Highland masih boleh dilawati. Tanpa Outdoor ia masih lagi berbisa dengan  Skytropolis dan game-game lain.

Genting Highland Malaysia 2019
Genting Highland Malaysia 2019
Genting Highland Malaysia 2019


Tiada ulasan:

Catat Ulasan