Kalau di Bandung tak sah kalau tidak membeli belah. Disana kami cadangkan tiga tempat yang kami rasa terbaik kalau nal beli ole-ole.
PASAR BARU
Kalau nak beli pakaian, keychain, magnet dan segala barangan pergilah ke Pasar Baru setinggi lapan tingkat.
Jangan lupa bawa wang lebih dan kalau kurang jangan risau ada ATM kat sana. Dan jangan lupa beli luggage lebih sebab pastinya kamu akan membeli-belah lupa daratan..hahaha.
Semasa kami di Pasar Baru kami dibawa oleh guide Pasar Baru yang memastikan keselamatan kami dan juga pergi ke kedai yang tawarkan harga terbaik.
Kami habiskan 3 jam sahaja disana sebab uang udah kekurangan...hahaha.
TIGA RASA
Kalau nak kerepek atau kacang-kacang pergilah ke kedai Tiga Rasa.
Ia menjual pelbagai kekacang dan ole-ole makanan tempatan yang beranika jenis. Dan yang bestnya kau boleh rasa semua makanan yang ada kat sana sebelum beli.
KARTIKA SARI
Selain Kartika Sari ada pilihan lain iaitu Amanda tapi orang Malaysia ini dah sinonim dengan Kartika Sari.
Ini adalah tempat menjual pelbagai jenis kek tempatan Bandung yang enak-enak dan murah.
Selain itu kami juga pergi ke kedai barangan kulit tapi tak ada bende nak beli.
Artikel yang tak ditulis ialah kami membeli batik di Bandung Tekstil.
Sempat buat satu pakaian batik untuk diri sendiri.
Gambar dibawah menunjukkan tahap perbelanjaan kami. Terpaksa beli on line tambah baggage ..huhuhu.