Hari Pertama Di Surabaya Indonesia - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Khamis, 15 Ogos 2019

Hari Pertama Di Surabaya Indonesia


Hari Pertama Di Surabaya Indonesia
Kali ini bercuti dengan rakan-rakan satu Universiti iaitu USM atau lebih tepat geng KLKMUSM.

Pada mulanya nak ajak ramai rakan-rakan geng join trip ni tapi semua takit bini. Lalu tinggal kami bertiga yang mendapat lesen pelepasan..hehehe.

Berlepas dari KLIA 1 naik MAS. Pertama kali naik MAS ni. Sama jer dengan Air Asia makan nasi bungkus..

Tiba di Surabaya pada pukul 9.30am dan berjumpa dengan pemandu pelancong kami Yoshi dan drebar Irwan.

Tempat pertama kami pergi ialah Kampung Batik diSurabaya dimana bini aku nak baju kebaya Indonesia.

Selesaikan keperluan isteri dahulu baru boleh enjoy. Aku beli 2 helai baju kebaya dan sehelai batik. Koyak gak RP600 ribu. Demi isteri tercinta, no problem ..hehehe. Mahal lesen pelepasan kali ni.


Hari Pertama Di Surabaya Indonesia

Setelah membeli belah kami terus menuju ke Malang. Dalam perjalanan ke Malang kamu boleh lihat gunung-gunung disekitarnya.

Lama juga dalam kereta, lebih kurang 4 jam dari Surabaya ke Malang..huhuhu.


Hari Pertama Di Surabaya Indonesia

Setibanya di Malang kami check in di guest house  Lily Guest House.

Ini pun untuk mandi sahaja sebab dalam pukul 12.00am kami akan bergerak ke Bromor yang mengambil masa 3 jam.

Sempat tidur dalam 2 jam juga ler.
Sekarang ni tengah tunggu drebar.

Hari pertama tak banyak aktiviti. Banyak duduk dalam van. 

Lupa plak, semasa di Surabaya kami sempat merasa makanan istimewa mereka  iaitu Nasi Padang.

Banyak lauk yang disediakan. Jika kau tak mahu lauk tu jangan makan. Maka ia tak akan kira lauk yang kau tak makan.


Hari Pertama Di Surabaya Indonesia


Hari Pertama Di Surabaya Indonesia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan