Kisah Penuh Aktiviti Di Gili Trawangan 3H2M - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Ahad, 20 Mei 2018

Kisah Penuh Aktiviti Di Gili Trawangan 3H2M


Kisah Penuh Aktiviti Di  Gili Trawangan

Percutian 3 hari 2 malam ke Gili Trawangan bersama rakan memang 'awesome" kerana dapat melihat  keindahan alam dan suasana budaya yang berlainan.

Untuk pengetahuan Gili Trawangan ialah sebuah pulau lain di Lombok. Jangan salah booking hotel pula jika mahu ke Gili Trawangan. Jangan sewa hotel di Sengigi atau Mataram kerana ia di dalam Lombok. Pilih hotel di Gili Trwangan.

Pemulaan pertama sudah tentu perlu mendapatkan lesen ke Lombok. Lesen ini adalah lesen utama yang perlu ada iaitu lesen KIUB. iaitu prosedur Kebenaran Isteri Untuk Berjalan..hahahaha. Lepas dapat lesen baru boleh plan dengan hati gembira.

Percutian kami di mulakan dengan menaiki penerbangan Air Asia ke Lombok yang memakan masa 3 jam. Kami naiki penerbangan pagi pada pukul 6.50am dan sampai pukul 10.am. Agak leceh sedikit pada kali ini semasa nak check in ke Lombok sebab kami diminta menunjukkan tiket pulang.
Kos pergi balik ke Lombok menggunakan AirAsia seorang RM400.

Setelah itu kami berjumpa dengan pemandu pelancong kami iaitu Wayan Nate. Wayan ini aku memang dah kenal sebab ini kali kedua aku ke Lombok dahulu bersama isteri aku.

Kisah Penuh Aktiviti Di  Gili Trawangan

Kami dibawa makan ke Makanan Khas Lombok Tanjung Karang  dan kami mengambil pakej 2 untuk 4 orang. Perut memang dah lapau giler ini. Pakej 2 dia untuk 4 orang memang cukup banyak dan tak larat makan..hehehe. Tapi bila bayar amik kau kena RP400K...hahahahaha.

Kemudian setelah makan kami di bawa oleh Wayan ke lokasi utama kami iaitu Gili Trawangan. Untuk ke Gili Trawangan kami menaiki speed bot (video) ke Gili Trawangan dari Teluk Nare.  Perjalanan ke Gili Trawangan melalui Tanjung Nare memakan masa 10 minit sahaja.

Setelah sampai ke jeti Gili Trawangan, kami menuju ke kawasan sewa kenderaan, Untuk pengetahuan di Gili Trawangan tidak dibenarkan sama sekali pengangkutan bermotor. Yang dibenarkan hanyalah kereta kuda atau panggilan rakyat Cidomo dan pengangkutan basikal.

Kisah Penuh Aktiviti Di  Gili Trawangan
Kami menaiki kereta kuda/cidomo ke hotel kami iaitu Les Villa Ottalia yang jauhnya dalam 1.5km dan jika menggunakan Cidomo (video) ia memakan masa 15 minit. Sepanjang perjalanan ke resort kami, jalan di kawasan sana agak teruk dan berlubang. Kos setiap perjalanan Cidomo ialah RP50K seorang.

Kami sampai ke Les Villa Ottalia dalam pukul 3.00pm. Agak lambat sikit kerana rakan saya ada urusan lain ketika itu di Lombok

Setelah mendapatkan kunci bilik kami rehat dahulu dan salin pakaian ala-ala santau ke pantai. sudah tentu kena berpakaian ikut suasana di Gili Trawangan ...hehehehe.

Menurut Wayan, dari hotel kami ke Ombak Sunset iaitu kawasan paling popular untuk melihat matahari terbenam memkan masa 15 minit perjalanan kaki.

Di Indonesia matahari terbenam agak awal iaitu sekitar 5pm /6pm. Dalam pukul 4.15 pm kami dengan gagahnya berjalan kaki ke Ombak Sunset (video). Sebelum itu rakan kami meminta peta dari pekerja hotel dan arah melihat matahari terbenam di kawasan barat pulau.

Apalagi kami menapak ke sana dan rupanya hampir 40 minit perjalanan ke sana. Adusss!!! Tapi perjalanan berbaloi dan kami dapat mengambil gambar yang cantik disana. Puas hati untuk hari pertama kami.

Kisah Penuh Aktiviti Di  Gili Trawangan
Pemandangan melihat buaian serta kuda berlari di waktu petang dan tidak dilupakan melihat matahari terbenam dengan awan kemerah-merahan memang cukup nyaman.

Kami lepak kat sana dalam 2 jam juga sambil menyibukkan diri berselfie. Impian nak ambil gambar buaian kami lupakan dahulu sebab ramai yang beratur masa tu. Esok masa ada, kami rileks dulu.

Setelah lepak di sana, nak pulang menapak siapa yang mampu. Kami akhirnya menyewa sepeda atau basikal berdekatan di Ombak Sunset. Sewaannya RP50K sehari dan kita tak perlu pulangkan basikal tersebut ke sana. Hanya beritahu basikal (video) kami tinggalkan di resort kami sahaja, nanti ia akan ambil sendiri.

Sepanjang pulang dari Ombak Sunset ke Resort kami sesat!! Untuk makluman, sepanjang jalan di kampung Gili Trawangan tak der lampu jalan. Bergelap kami kayuh basikal dan ditambah lagi aku dah berpuluh tahun tak naik basikal. Memang azab giler berkayuh malam-malam. dinasihat bawa lampu suluh yang jenis ikat kat kepala tu lain kali.

Tapi penduduk Gili Trawangan memang baik-baik belaka, nasib baik mereka tunjukkan jalan pulang dan mana selekoh nak masuk. Akhirnya kami sampai juag ke Resort dengan peluh jantan menyirami tubuh kami.

Kisah Penuh Aktiviti Di  Gili Trawangan
Sampai di resort kami mandi dan lepak-lepak. Perut lak lapau, malam itu kami sewa Cidomo dengan memberitahu pekerja hotel untuk panggilkan Cidomo.  Di resort ini, perkhidmatan Cidomo hanya sampai pukul 10pm. Kalau nak tempah beritahu sebelum pukul 10pm. Tapi perkhidmatan Cidomo dipulau ini 24 jam. Don't worry sentiasa ada kereta kuda ini.

Kami ke pusat Gili Trawangan (video) berdekatan jeti. Mak aiiii, banyak omputih kat sana. Kami dah macam orang tempatan Lombok pula...hehehehehe. Kami makan nasi goreng dan kebab. Kebab terbaik yang pernah aku makan. Anda patut merasa makan kebab jika anda berada disana. Kebab ini dijual tepi jalan sahaja. Murah lak tu RP15K.

Akhirnya tamat Hari Pertama kami.

Kisah Penuh Aktiviti Di  Gili Trawangan

Balik dan tidur dan bangun seawal 6.30am sebab kami ada aktiviti snorkelling dengan Wayan Nate dalam pukul 9.00am . Sebelum itu kos untuk pemandu pelancong kami ialah RP1 juta seorang.  Dalam kos ini termasuk speed boat pergi balik ke Gili Trawangan. Pergi balik ambil dan hantar pulang ke lapangan terbang.  Dan sebelum pulang ia akan membawa kami pusing-pusing sekitar Lombok. Termasuk juga kos snorkeling sekali.

Kami malas nak ada lagi perbelanjaan tambahan ke sana. Hanya bawa duit belanja. Urusan pembayaran yang lain di uruskan di Malaysia.

Berbalik pada aktiviti kami di Gili Trawangan. bangun pagi kami makan sarapan dulu. Kemudian kami pergi ke jeti menaiki sepeda/basikal. Kali ini lebih santai sebab dah faham kayuh basikal ...hehehehe.

Wayan Nate tunggu kami di jeti dan kami menaiki ke kawasan snorkelling menaiki Bot Gili. Sepanjang aktiviti di Gili untuk snorkelling pelbagai yang kami pelajari dari Wayan Nate dan tidak dilupakan melihat keindahan terumbu karang dengan ikan pelbagai jenis. Tapi ada peristiwa menarik sepanjag kami disana...hahahah. Boleh baca artikel link kami ini.

Kami habis bersnorkelling (video) dalam pukul 11.30am dan kemudian kami ambil keputusan bersepeda keliling pulau Gili Trawangan.  Kami makan dulu dan kemudian berkayuh sekeliling pulau. Inilah nikmat terbaik sebagai seorang fotografi kerana kami dapat lihat secara lebih dekat keindahan Gili Trawangan.

Berapa lama kami berkayuh, nak dekat 2 jam lebih jugak...hahahahaha. Tercabut kaki dan sakit punggung ini. Kami sempat bergambar di buaian impian kami semasa bersepeda di Gili Trawangan. Akhirnya impian kami tercapai..hehehehehe.

Selepas bersepeda kami balik resort dan lepak di sana. Hari pun dah petang dan kami lepak merehatkan kaki dan badan kerana sepanjang hari kami bersnorkling dan bersepeda. Kami makan di restoran di resort dan kena RM400K ....huhuhuhuhu.

Malam kami terus tidur dan lepak untuk balik pada keesokan hari. Hari kedua nampak macam pendek tapi sebenarnya ia amat panjang apabila bersepeda. Nak cerita sepanjang perjalanan bersepeda tak cukup artikel ini. Anda patut meronda kesemua pulau ini.



Hari ketiga adalah hari terakhir kami dan kami berangkat meninggalkan Gili Trawangan pada pukul 10.00am. Pemandu pelancong kami sudah menunggu kami di jeti dan pulang menaiki speed boat.

Flight kami pada pukul 7.15pm, maka kami ada masa meronda di Lombok. Tempat yang kami menghabiskan masa sebelum flight pulang ialah:
a) Kampung Sasak.
b) Tenunan Lombok dan sempat pakai baju budaya mereka.
c) Tanjung Aan serta video 

Pada pukul 4pm kami sampai ke lapangan terbang dan pulang dengan gembiranya. Syukur alhamdulilah semunya berjalan lancar atas berkat kebenaran keluarga kami. Itu yang penting kan.

Total kos selam 3 hari 2 malam dengan tiket flight, hotel sorang sebilik, kos snorkling, kos speed bot, kos ambil dan pulang ke airport dan jalan-jalan di Lombok semuanya RM1000 seorang. Siap semua.

Tambahan perbelanjaan ialah sewa sepeda RM50K sehari dan Cidomo jika guna iaitu RP50K sekali trip.

Diharap artikel ini dapat membantu anda jika mahu ke Gili Trawangan.


Kisah Penuh Aktiviti Di  Gili Trawangan

Boleh lihat gambar menarik Gili Trawangan kami di : Gambar Gili Trawangan

Selain itu anda juga membaca artikel lengkap jika mahu melancong ke :