Snorkling Di Gili Trawangan - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Rabu, 16 Mei 2018

Snorkling Di Gili Trawangan


Snorkling Di Gili Trawangan
Aktiviti kami yang seterusnya ialah snorkling di Gili Trawangan. Untuk aktiviti ini kami telah menempah awal- awal pemandu pelancong kami Wayan Nate untuk.urusan ni.

Kami keluar dari Villa Ottalia seawal 8.00am selepas sarapan. Perjalanan dimulakan dengan menaiki sepeda yang kami sewa semalam.
Sampai disana kami ronda- ronda sebentar dan kemudian Wayan menemui kami dan membawa kami ke bot.

Perjalanan snorkling pun bermula. Kami dibawa ke kawasan batu karang sedalam 5 meter namun ada rakan kami yang panik lihat air laut. Aktiviti snorkling diganti dengan aktiviti memerhati kawan-kawan aku mencuba melemaskan diri mereka di Lautan Hindi.

Sementara kawan-kawan aku cuba melemaskan diri aku sempat snorkling setempat dan melihat keindahan pelbagai jenis ikan di lautan. Biarlah Wayan menyelamatkan mereka berdua..hihihi.

Setelah aktiviti menyelamat dilakukan, kami berpindah ke kawasan snorkling untuk kanak-kanak...hahaha. Dalam hanya 2 meter sahaja, maksudnya kaki boleh capai dasar laut. Potensi untuk dilemaskan amat tipis sama sekali..

Yang tak best kat sana, omputih yang lalu kat sana ketawakan kami. Yalah...kita snorkling kat kawasan kanak-kanak...malunya....

Wayan mengambil kesempatan ni mengajar rakan-rakan aku bagaimana mengapungkan diri mereka. Sementara latihan keras dilakukan, aku snorkling ler sorang-sorang kat sana.

Akhirnya latihan keras Wayan berhasil setelah rakan-rakan aku berjaya mengapungkan diri mereka malah tidak memakai jaket apungan. Terbaik buat Zoy dan Palat.

Selepas latihan hampir satu jam, kami pun berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Pada masa itu semua dah terer.

Aku malas nak masuk sebab awal-awal tadi aku kan dah snorkling semasa acara melemaskan diri oleh rakan-rakan aku berlaku tadi.

Dalam pukul 12pm kami dihantar pulang ke Gili Trawangan. Pengalaman terbaik buat aku dan rakan-rakan bersnorkling di Gili. Memang cantik pandangan laut dan batu karang di Gili.

Bayangkan jika kami pandai menyelam, pasti lagi best kan. Tapi apa nak buat, kami ni panik lihat air laut...hahahaha.

Snorkling Di Gili Trawangan

Snorkling Di Gili Trawangan