Ia terletak di Lukut berdekatan Dataran Segar, tapi nak pergi sana melilau juga ler walau pakai Google Map sebab Co-Pilot aku tak pandai tengok e-peta..hehehehehe.
Tapi akhirnya kami tiba juga ler, harga bayaran untuk dewasa ialah RM20, kanak-kanak RM15 dan warga emas RM15.
Perkara pertama yang aku boleh katakan tentang Alive 3D Art Gallery Port Dickson ini memang menarik. Aktiviti santai untuk ahli keluarga memang sesuai.
Anak-anak ler yang minat bergambar disamping lukisan 3D yang menarik dan banyak pilihan. Ada kakitangan yang ramah menolong mengambil gambar untuk kami.
Jom kita melihat gambar-gambar di Alive 3D Art Gallery Port Dickson.